Kad Easy Insurans (KEI): pemudahcara dalam PdPc matematik / Zulkifli Salehudin

Salehudin, Zulkifli (2023) Kad Easy Insurans (KEI): pemudahcara dalam PdPc matematik / Zulkifli Salehudin. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 887-891. ISBN 9789672948513

Abstract

Matematik pengguna merupakan salah satu elemen baharu dalam sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi subjek matematik. Insurans merupakan salah satu bab baharu yang diperkenalkan dalam silibus Matematik Tingkatan 5. Pengenalan bab ini memberikan pengetahuan asas kepada para murid berkaitan insurans. Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh guru dan murid semasa melaksanakan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi bab ini. Antaranya, kekurangan bahan bantu mengajar bagi bab ini jelas dilihat kerana bab ini merupakan sukatan pelajaran yang baru sahaja diperkenalkan mulai tahun 2021. Selain itu, ketiadaan nota padat khususnya formula berkaitan pengiraan yang melibatkan insurans menyebabkan pelajar sukar untuk memahami bab ini. Oleh itu, pengenalan Kad Easy Insurans (KEI) ini berobjektifkan untuk menyediakan satu bahan bantu mengajar yang dapat memudahkan murid untuk menguasai bab insurans. Keistimewaan Kad Easy Insurans ini ialah kandungan dalam bahan ini mudah difahami dan sangat lengkap. Formula dan langkah pengiraan melibatkan insurans diterangkan secara jelas dalam bahan ini. Kad Easy Insurans ini turut mempunyai dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi murid Dual Language Programme (DLP). Reka bentuk dan susun atur dalam kad ini sangat menarik, teratur dan berwarna-warni. Tambahan lagi, Kad Easy Insurans juga menyediakan soalan asas dan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berkaitan insurans beserta jawapan kepada murid melalui Kod QR yang tersedia pada bahan ini. Kad Easy Insurans ini memberi manfaat kepada murid dan guru. Manfaat Kad Easy Insurans ini kepada murid ialah bahan ini dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman serta penguasaan mereka bagi bab insurans. Guru boleh menggunakan bahan ini sebagai alat pemudahcara semasa proses PdPc. Kad Easy Insurans ini mempunyai potensi komersial yang tinggi dan meluas. Kad ini boleh dikomersialkan kepada guru-guru mata pelajaran matematik dan juga kepada semua murid tingkatan 5 di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dengan kadar yang mampu milik oleh semua guru dan murid.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Salehudin, Zulkifli
2022841962@student.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Page Range: pp. 887-891
Keywords: Kad Easy Insurans (KEI), matematik, insurans, pemudahcara, menarik
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84985
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 84985.pdf] Text
84985.pdf

Download (10MB)

ID Number

84985

Indexing

Statistic

Statistic details