Kajian terhadap tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat daerah: satu kajian di Pejabat Daerah Samarahan / Winnie Asok … [et al.]

Asok, Winnie and Novine Ayor, Francesca and Jibi, Syahpuri and Zulifli, Lizawati and Saga, Judith (2004) Kajian terhadap tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat daerah: satu kajian di Pejabat Daerah Samarahan / Winnie Asok … [et al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap puasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Daerah. Kajian ini telah dijalankan di Pejabat Daerah Samarahan yang melibatkan 10 buah kampung iaitu Kampung Merdang Gayam, Kampung Melaban, Kampung Asa Jaya Laut, Kampung Plaie, Kampung Sindang Baru, Kampung Pinang, Kampung Meranek, Kampung Mang, Kampung Merdang Lumut dan Kampung Pengkalan Kuap. Jumlah responden yang terlibat adalah seramai 100 orang dan responden dipilih 10 orang dari setiap kampung tersebut. Bagitu juga responden yang dipilih adalah mereka yang berumur di dalam lingkungan 21 hingga 60 tahun. Penggumpulan data dibuat dengan menggunakan kaedah soal selidik dan temubual yang dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Pakage For Social Sciene). Hasil kajian mendapati bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Daerah amatlah memuaskan, walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Responden juga berharap supaya Pejabat Daerah Samarahan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan cepat, di samping memperbaiki kualiti perkhidmatan yang disediakan. Ini kerana terdapat beberapa orang responden yang menyatakan bahawa kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada mereka adalah kurang memuaskan dan ini akan mempengaruhi tahap kepuasan mereka terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Daerah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 84538.pdf]
Text
84538.pdf
Download (847kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan 2, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics