Algoritma pengesah laporan kenampakan anak bulan / Muhamad Syazwan Faid

Faid, Muhamad Syazwan (2019) Algoritma pengesah laporan kenampakan anak bulan / Muhamad Syazwan Faid. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Anak bulan merupakan fenomena di mana kenampakan anak bulan yang pertama dilihat selepas bulan berada sejajar dengan matahari dan bumi. Terdapat beberapa tamadun yang menggunakan fenomena terutamanya kenampakan anak bulan dalam penentuan tarikh-tarikh penting sepanjang tahun. Umat Islam secara khususnya, menggunakan kenampakan anak bulan bagi penentuan awal bulan Hijrah dan tarikh penting dalam ibadat seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha. Oleh kerana kenampakan anak bulan bergantung kepada cerapan mata kasar, ini menjadikan kenampakan anak bulan tersebut subjektif kepada fisiologi pencerap, keadaan cuaca, kecerahan langit senja, kecerahan anak bulan, dan instrumen yang digunakan semasa cerapan. Ia seterusnya memberi kesan kepada cerapan anak bulan dalam bentuk kekeliruan dan kesilapan dalam melaporkan kenampakan anak bulan. Ini dibuktikan dengan wujudriya beberapa laporan kenampakan anak bulan yang didapati mempunyai parameter kedudukan bulan dan matahari yang menyelisihi daripada beberapa hasil penelitian terhadap limitasi kenampakan anak bulan. Penerimaan secara bulat-bulat laporan kenampakan anak bulan yang silap akan menyebabkan kecelaruan dalam penentuan kalendar Islam. Contoh terbaik kecelaruan ini ialah perbezaan pada penentuan tarikh-tarikh penting dalam bulan Hijrah seperti Aidilfitri, Aidiladha dan Ramadhan.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Faid, Muhamad Syazwan
2014767039
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Md Shariff, Nur Nafhatun
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Hamidi, Zety Sharizat
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QB Astronomy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Penentuan awal bulan Hijrah, kenampakan anak bulan, ilmu astronomi
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84339
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 84339.pdf] Text
84339.pdf

Download (205kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

84339

Indexing

Statistic

Statistic details