Ceritera Pauh-Pura dan Jakarta: satu autoetnografi / Rofiza Aboo Bakar

Aboo Bakar, Rofiza (2023) Ceritera Pauh-Pura dan Jakarta: satu autoetnografi / Rofiza Aboo Bakar. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 3
Abstract

Seperti magnet, bertiga kami: Dr lkhsanudin, Farina dan saya berjumpa pada 2017 di Jakarta dalam perjalanan ke sebuah konferensi. Beliau dari Tanjungpura, kami berdua sewaktu itu dari Permatang Pauh, Pulau Pinang. Dipendekkan cerita, selepas pelbagai penat lelah merancang, berbincang, berfikir pelbagai kemungkinan jadi atau tidak jadi, menaip borang permohonan secara manual, membuat 'proposal', 'meniliti' kisah kewangan dan sebagainya, maka termeterailah sebuah MoU di antara UiTMCPP dan UNTAN pada 2017 dengan saya sendiri, Farina Tjan, dan Dr Ikhsan Ikhsanudin sebagai 'person-in-charge' bermula suku ketiga 2017. Ketika itu, kami menjadi antara orang-orang pertama, malah mungkin juga adalah yang pertama, di jabatan masing-masing di universiti masing-masing yang merangka kolaborasi sedemikian. Orang kurang percaya, pada mulanya, insan-insan kerdil seperti kami boleh melakukannya. Tetapi mengambil semangat 'Malaysia Boleh', kami berjaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 84150.pdf]
Text
84150.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics