Bola jaring @ MAKSAK 2023 / Norhafizah Abdul Halil and Syahirah Ramli

Abdul Halil, Norhafizah and Ramli, Syahirah (2023) Bola jaring @ MAKSAK 2023 / Norhafizah Abdul Halil and Syahirah Ramli. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 3
Abstract

Pada 15 Julai 2023, pertandingan bola jaring anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota- Anggota Kerajaan (MAKSAK) peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang. Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk memilih pemain bola jaring mewakili MAKSAK Negeri Pulau Pinang. Pasukan bola jaring UiTMCPP tidak meletakkan apa-apa harapan yang tinggi memandangkan ini adalah julung kali penyertaan. Cukup sekadar ingin menimba pengalaman di samping menajamkan kemahiran yang ada. 11 pasukan dari pelbagai badan kerajaan bertanding, antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia (USM), Penang Development Corporation (PDC) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK). Pasukan bola jaring UiTMCPP berada di kumpulan A bersama 5 lagi pasukan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 84130.pdf]
Text
84130.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics