Eco-watercolour / Nur Adriyana Azrinizam, Irsalina Abd Kahlid and Aida Alya Azizi

Azrinizam, Nur Adriyana and Abd Kahlid, Irsalina and Azizi, Aida Alya (2023) Eco-watercolour / Nur Adriyana Azrinizam, Irsalina Abd Kahlid and Aida Alya Azizi. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 874. ISBN 9789672948513

Abstract

Cat air atau watercolour merupakan medium lukisan yang menggunakan pigmen dan berasaskan air. Cat air telah digunakan selama ribuan tahun dan mungkin sejak zaman prasejarah lagi. Cat air digunakan secara meluas di dalam karya-karya seni yang popular dan menjadi pilihan pelukis-pelukis profesional untuk menghasilkan karya dan lukisan mereka. Ia juga menjadi pilihan para ibu bapa dan guru untuk menjadi salah satu medium seni bagi perkembangan kanak-kanak. Penggunaan cat air dapat mengembangkan daya imaginasi kanak-kanak sekaligus mampu mengembangkan kreativiti dan kemahiran motor mereka. Semasa mewarna menggunakan cat air ini juga kanak-kanak akan belajar mengenai ekspresi visual dan pengecaman warna. Namun, cat air di pasaran kebiasaannya mengandungi bahan yang memudaratkan seperti pigmen daripada kobalt dan kadmium yang merupakan logam berat. Bahan-bahan ini amat merbahaya apabila kanak-kanak menelan atau memasukkan cat air ke dalam mulut secara sengaja atau tidak sengaja. Maka adalah penting untuk membuat alternatif terbaik bagi mengurangkan segala kemungkinan buruk yang boleh terjadi apabila menggunakan cat air. Oleh itu, kami telah mencipta cat air yang mesra alam atau eco-friendly yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang mudah diperolehi. Produk kami juga menggunakan konsep zero waste dimana kami menggunakan semula sisa sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai asas kepada pigmen cat air kami. Contohnya seperti bunga, kulit buahbuahan dan sayur-sayuran. Sasaran kami di dalam projek Eco- Watercolour ini adalah untuk menghasilkan cat air yang mesra alam terbaik yang berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan terutamanya kepada kanak-kanak. Kami juga menemukan bahan pengawet yang mampu mengelakkan cat air ini daripada teroksida dalam masa terdekat supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lebih lama.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azrinizam, Nur Adriyana
Halim adriyanaazrinizam@gmail.com
Abd Kahlid, Irsalina
Halim irsalina.kahlid@gmail.com
Azizi, Aida Alya
Aida Alya
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Page Range: p. 874
Keywords: Cat air, pigmen, mesra alam, zero waste, eco
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84112
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 84112.pdf] Text
84112.pdf

Download (10MB)

ID Number

84112

Indexing

Statistic

Statistic details