Merdekakah kita? / Muriatul Khusmah Musa

Musa, Muriatul Khusmah (2023) Merdekakah kita? / Muriatul Khusmah Musa. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 3
Abstract

Adakah kau rasa kita sudah merdeka?
Jiwa kian kental, penuh cinta pada negara
Adakah kau rasa bangsamu sudah menuju ke hadapan
Gagah megah menjunjung kemerdekaan

Adakah kau begitu yakin kita sudah merdeka?
Mampu menjulang nama ke puncak dunia
Bangga menjunjung pusaka tanah air tercinta
Hingga menjadi yang terhebat di dunia

Atau itu cuma satu cerita?
Digembar gembur agar kau merasa puas selesa
Sedangkan hakikatnya jiwa masih belum merdeka
Masih berseronok dengan cerita- cerita lama
Begitu asyik melaung Merdeka ! Merdeka! Merdeka!
Walau sebenarnya jiwa entah manahilang punca arahnya
Masih ralit tertawa gembira, tanpa sedar siapa sebenarnya kita
Hingga tergadai maruah bangsa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 84073.pdf]
Text
84073.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics