Muamalat playing card: inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di era pascanormal / Hainnuraqma Rahim ... [et.al.]

Rahim, Hainnuraqma and Kamarudin, Mohd Khairy and Mohamad Norzilan, Nur Izzati and Hasbullah, Nornajihah Nadia and Karimon, Nor Arseha (2023) Muamalat playing card: inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di era pascanormal / Hainnuraqma Rahim ... [et.al.]. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 787-792. ISBN 9789672948513

Abstract

Muamalat merupakan salah satu bidang dalam Syariah yang menekankan aspek hubungan di antara manusia khususnya berkaitan dengan ekonomi, perniagaan dan kewangan. Terdapat pelbagai istilah yang sering diguna pakai dalam membahaskan hal-hal berkaitan muamalat seperti riba, gharar dan aqad. Sebagai satu usaha dalam memberikan kefahaman dan kemudahan untuk mengingat istilah-istilah tersebut, ‘Muamalat Playing Card’ merupakan salah satu inovasi yang boleh diaplikasikan. Permainan kad ini dihasilkan melalui perbincangan dalam kalangan ahli penyelidik dengan mengambilkira permainan-permainan kad yang tersedia di pasaran. Permainan ini memerlukan empat orang pemain. Manakala kad-kad ini dibahagikan kepada 12 kategori atau keluarga. Setiap kad ini akan dibahagikan kepada pemain bagi memulakan permainan. Permainan dimulakan apabila pemain mula untuk mengumpulkan setiap ahli bagi setiap kategori. Apabila telah lengkap satu kategori, kad-kad bagi kategori tersebut akan dikeluarkan. Pemain yang telah menghabisi kad, akan memenangi permainan.Permainan kad ini memerlukan pemain untuk mengingati setiap kategori yang terhadap bagi setiap kad. Malah, setiap kad juga mempunyai definisi yang perlu dibaca dan difahami oleh setiap pemain. Pada masa yang sama, permainan ini boleh dijadikan sebagai alat bantuan mengajar dan mengisi masa lapang. Permainan ini tidak terhad kepada pelajar-pelajar, malah boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja yang berminat. Hal ini dapat mendorong penyebarluasan ilmu berkaitan muamalat.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rahim, Hainnuraqma
hainnuraqma@uitm.edu.my
Kamarudin, Mohd Khairy
mohdkhairy@utm.my
Mohamad Norzilan, Nur Izzati
nurizzati.mn@utm.my
Hasbullah, Nornajihah Nadia
Nornajihah Nadia
Karimon, Nor Arseha
norar414@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Page Range: pp. 787-792
Keywords: Muamalat, playing card, kontrak, riba
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84026
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 84026.pdf] Text
84026.pdf

Download (10MB)

ID Number

84026

Indexing

Statistic

Statistic details