Lawatan kerja rasmi ketua pustakawan ke Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang / Perpustakaan Tengku Anis

UiTM Kelantan, Perpustakaan Tengku Anis (2022) Lawatan kerja rasmi ketua pustakawan ke Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang / Perpustakaan Tengku Anis. Buletin IQRA'. (In Press)
Abstract

Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menerima kunjungan Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu YBrs. Encik Jamalludin Hj. Sulaiman dan diiringi oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan. Ketibaan Ketua Pustakawan di PTA disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan PTA iaitu Puan Alina Hussein dan juga semua staf PTA pada jam 9.00 pagi.Dalam taklimat yang disampaikan oleh Puan Alina, beliau membentangkan pencapaian, anugerah, perancangan, aktiviti dan juga program yang telah dianjurkan oleh PTA serta yang bakal berlangsung. Seterusnya ialah sesi taklimat daripada Ketua Pustakawan kepada semua pegawai dan staf pelaksana PTA. Dalam sesi ini juga staf perpustakaan diberi peluang untuk bertanyakan soalan, memberikan pandangan dan cadangan kepada pengurusan perpustakaan secara terbuka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 84023.pdf]
Text
84023.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics