Main acah-acah dengan plastik! / Che Nooryohana Zulkifli

Zulkifli, Che Nooryohana (2023) Main acah-acah dengan plastik! / Che Nooryohana Zulkifli. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 3
Abstract

Penatnya rasa. Lelah! Pintu rumah dibuka, Nia terus menerpa masuk dan menghempaskan tubuhnya di atas sofa di ruang tamu. Makan belum, mandi pun belum. Seakan rasa lebam seluruh tubuh dek terlalu lama menghadap kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di kota raya itu. Konon waktu kerja habis pada pukul 5, tetapi tidak pernah dapat tiba di rumah sejam selepas itu. Bosan! Nia mencapai telefon bimbitnya. Mahu diluahkan segala-galanya pada kakaknya. Tetapi ada juga rasa bimbang kalau-kalau kakaknya sedang sibuk bersama keluarganya pada waktu begini. Orang itu sudah ada keluarga. Dia juga bekerja. Lalu, Nia baring sahaja di sofa tersebut. Mindanya terbang ke satu masa ketika dia berusia 12 tahun. Ingatannya masih segar ketika dia mengajak rakan baiknya, Laila untuk menyertai satu pertandingan bersama-sama. Laila kelihatan sangat teruja dan Nia menjadi semakin bersemangat kerana dapat melakukan satu aktiviti bersama Laila sebelum berakhirnya sesi persekolahan pada tahun itu. Tahun depan, belum tentu lagi mereka dapat pergi ke sekolah yang sama seperti sekarang. Apabila tiba masanya untuk cikgu dapatkan nama-nama peserta, Laila tidak semena-mena menarik diri. Alasannya, dia tidak bersedia. Walaupun Nia sudah puas memujuk, Laila masih tidak mahu menyertainya. Pada hari itu, Nia pulang ke rumah dan menangis sepuas-puasnya di riba kakaknya kerana sangat kecewa dengan keputusan Laila.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 83968.pdf]
Text
83968.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics