Penggunaan ‘ReForce-T.exe’ sebagai alat bantu mengajar bagi topik daya dalam kursus sains kejuruteraan / Azira Daud, Mohd Rushdy Yaacob and Hazriesyam Amir Mustapha

Daud, Azira and Yaacob, Mohd Rushdy and Mustapha, Hazriesyam Amir (2023) Penggunaan ‘ReForce-T.exe’ sebagai alat bantu mengajar bagi topik daya dalam kursus sains kejuruteraan / Azira Daud, Mohd Rushdy Yaacob and Hazriesyam Amir Mustapha. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 608-616. ISBN 9789672948513

Abstract

Topik Daya merupakan salah satu topik yang perlu dikuasai dan difahami oleh pelajar yang mengambil kursus Sains Kejuruteraan. Kebanyakan pelajar dilihat lemah dari segi pengiraan dan imaginasi apabila mereka menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan daya seterusnya memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka. Oleh itu, pendekatan kepada penghasilan dan penggunaan alat bantu mengajar ‘ReForce-T.exe (Resultant Force Tutorial Exercise)’ dalam pembelajaran dan pengajaran bagi topik daya dalam kursus Sains Kejuruteraan dicadangkan dan diaplikasikan. Sistem ‘ReForce- T.exe’ yang dihasilkan menggunakan perisian ‘Microsoft Office Excel’ dengan format Macro-Enabled, merupakan satu sistem tutorial yang disediakan untuk pelajar menjalankan aktiviti latihan pengiraan berkaitan dengan leraian dan paduan daya secara cepat dan berkesan serta berulang-ulang sehingga mereka mahir. Tahap penerimaan pelajar dan kebolehgunaan alat bantu mengajar ‘ReForce-T.exe’ ini dianalisis berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada soal selidik yang disediakan sebelum dan selepas pengaplikasiannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Responden yang terlibat dalam maklumbalas penggunaan dan keberkesanan alat bantu mengajar ini terdiri daripada pensyarahpensyarah dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer yang mengajar kursus Sains Kejuruteraan serta pelajar-pelajar dari program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang mengambil kursus Sains Kejuruteraan pada sesi 1:2022/2023. Kriteria-kriteria yang terlibat dalam menentukan tahap penerimaan dan kebolehgunaan sistem yang dihasilkan ialah kriteria Fizikal Sistem, kriteria Penggunaan Sistem, kriteria Keberkesanan Sistem dan kriteria Penilaian Keseluruhan. Secara keseluruhannya, dapatan maklumbalas pensyarah dan pelajar yang diperolehi untuk setiap kriteria-kriteria tersebut, menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar ‘ReForce- T.exe’ adalah praktikal untuk dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi topik Daya dalam kursus Sains Kejuruteraan. Kesimpulannya, sistem ‘ReForce-T.exe (Resultant Force Tutorial Exercise)’ yang dihasilkan adalah memenuhi konsep kebolehgunaan serta sesuai untuk diaplikasikan sebagai alat bantu mengajar bagi topik Daya dalam kursus Sains Kejuruteraan memandangkan keseluruhan responden bersetuju terhadap kesemua item kebolehgunaan yang diutarakan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Daud, Azira
azira@polisas.edu.my
Yaacob, Mohd Rushdy
rushdy@polisas.edu.my
Mustapha, Hazriesyam Amir
hazriesyam@polisas.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Page Range: pp. 608-616
Keywords: Sains kejuruteraan, daya, ReForce-T.exe, sistem tutorial
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83918
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83918.pdf] Text
83918.pdf

Download (10MB)

ID Number

83918

Indexing

Statistic

Statistic details