Agihan zakat berdasarkan had al-kifayah fakir dan miskin: analisis fiqh dan realiti di Sarawak / Mohd Syahiran Abdul Latif

Abdul Latif, Mohd Syahiran (2019) Agihan zakat berdasarkan had al-kifayah fakir dan miskin: analisis fiqh dan realiti di Sarawak / Mohd Syahiran Abdul Latif. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Zakat berperanan sebagai sumber kepada jaminan sosial yang berupaya membawa kelestarian hidup dalam masyarakat kerana fungsinya yang pelbagai dalam memenuhi keperluan golongan muhtajin, mencukupkan keperluan fakir dan miskin, dan memberi jaminan perlindungan kepada golongan yang lemah. Berdasarkan kepada angka kutipan zakat di negeri Sarawak yang meningkat, jelas menunjukkan bahawa masalah pungutan zakat tidak lagi menjadi isu utama. Namun, setelah sekian lama zakat diagihkan, masih terdapat ramai fakir dan miskin yang tidak terlepas daripada belenggu kemiskinan biarpun terdapat dikalangan mereka yang telah begitu lama menerima bantuan zakat. Selain daripada itu, terdapat lebihan zakat yang banyak tidak diagih pada setiap tahun. Penyelidikan ini bertujuan mengkaji pandangan fuqaha mengenai had al-kifayah agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin dan seterusnya menganalisis pelaksanaan had al-kifayah agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin di Malaysia khususnya di Sarawak. Rekabentuk kajian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu fasa pertama yang bersifat teoritikal dengan membuat pengkajian ke atas teks dan pandangan fuqaha berkenaan konsep agihan zakat dengan menggunapakai pendekatan induktif, deduktif dan komparatif. Manakala fasa kedua bersifat empirikal dengan melakukan kajian ke atas responden di sebelas bahagian di negeri Sarawak menggunapakai instrumen borang kajiselidik. Sebanyak 850 set soal selidik telah diedarkan kepada responden beragama Islam terpilih di tiga kawasan kediaman iaitu kawasan bandar, pinggiran bandar dan luar bandar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan frekuensi, min dan korelasi. Hasil analisis kajian mendapati sebanyak 78.6 peratus responden dari kelompok fakir bandar berbelanja melebihi pendapatan. Selain itu, kajian juga mendapati corak perbelanjaan yang berbeza diantara tiga kawasan tersebut . Hasil tinjauan kajian turut mendapati, mekanisme agihan zakat di Sarawak tidak menggunapakai had al-kifayah khusus serta disandarkan kepada asas yang lemah dan tidak menepati keperluan. Kesan daripada agihan zakat tidak efisyen telah menyebabkan berlakunya lebihan wang zakat tidak diagih dan keciciran kelayakan asnaf penerima zakat daripada kelompok fakir dan miskin.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Latif, Mohd Syahiran
2012671242
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Tapah, Suwaid
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Bahrom, Hassan
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: IC990
Keywords: zakat, fiqh, al-kifayah
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83809
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83809.pdf] Text
83809.pdf

Download (132kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

83809

Indexing

Statistic

Statistic details