Perbandingan kaedah PDP bagi subjek statistik / Siti Balqis Mahlan ... [et al.]

Mahlan, Siti Balqis and Shamsuddin, Maisurah and Hamat, Muniroh and Alias, Fadzilawani Astifar (2023) Perbandingan kaedah PDP bagi subjek statistik / Siti Balqis Mahlan ... [et al.]. Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation, 5. pp. 21-25. ISSN 978-967-25608-8-3

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran (pdp) bagi subjek statistik bagi pelajar kejuruteraan pada semester terkini (Okt 2022 - Feb 2023) dijalankan secara kaedah bercampur ataupun lebih dikenali sebagai ‘blended learning (BL)’ iaitu kombinasi di antara pembelajaran dalam talian dan juga bersemuka. Pelajar yang mengambil subjek statistik bagi peringkat ijazah menjalankan kelas secara bersemuka selama dua jam sahaja (syarahan 1 jam, tutorial 1 jam) dan 2 jam yang seterusnya (syarahan 2 jam) adalah secara dalam talian. Pelajar perlu membiasakan diri dengan kaedah BL memandangkan kaedah pembelajaran pada lima semester berturut-turut sebelum ini adalah secara dalam talian sepenuhnya. Pada semester terkini, kesemua penilaian iaitu ujian, tugasan dan peperiksaan akhir akan dijalankan secara fizikal, berbeza dengan penilaian bagi lima semester berturut-turut sebelum ini berasaskan ‘open-book’yang dijalankan secara dalam talian. Soal selidikperingkat awal dilakukan kepada 54 orang pelajar bagi mengetahui maklumbalas terhadap pandangan pelajar dalam kaedah pembelajaran subjek statistik. Data markah sebanyak 104 orang pelajar juga diambil bagi dua semester terkini dan seterusnya ujian-t bagi sampel tak bersandar digunakan untuk menganalisa data. Berdasarkan tinjauan awal dari soal selidik, didapati majoriti pelajar memilih pembelajaran secara BL iaitu gabungan di antara pembelajaran dalam talian dan bersemuka. Namun begitu, jika dibandingkan markah penilaian bagi dua semester terkini didapati pencapaian pembelajaran dalam talian sepenuhnya adalah lebih baik dari pencapaian semasa ‘blended learning (BL)

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahlan, Siti Balqis
sitibalqis026@uitm.edu.my
Shamsuddin, Maisurah
maisurah025@uitm.edu.my
Hamat, Muniroh
muniroh@uitm.edu.my
Alias, Fadzilawani Astifar
fadzilawani.astifar@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Study and teaching
Q Science > QA Mathematics > Study and teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation
ISSN: 978-967-25608-8-3
Volume: 5
Page Range: pp. 21-25
Keywords: BL, Pdp, Pembelajaran Dalam Talian, Bersemuka, Penilaian
Date: April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83798
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83798.pdf] Text
83798.pdf

Download (358kB)

ID Number

83798

Indexing

Statistic

Statistic details