Penggunaan Moment Kit Board sebagai alat bantu mengajar bagi kursus sains kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah / Azlina Hassan, Ruzita Md Yusoff and Fazaliana Zamzuri

Hassan, Azlina and Md Yusoff, Ruzita and Zamzuri, Fazaliana (2023) Penggunaan Moment Kit Board sebagai alat bantu mengajar bagi kursus sains kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah / Azlina Hassan, Ruzita Md Yusoff and Fazaliana Zamzuri. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 470-476. ISBN 9789672948513

Abstract

Moment Kit Board merupakan sebuah projek inovasi yang memfokuskan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan bagi pelajar kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) untuk mendalami konsep Momen Daya dalam kursus Sains Kejuruteraan (DBS10012). Kursus Sains Kejuruteraan (DBS10012) merupakan kursus wajib bagi semua pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik Malaysia. Di PTSB, pelajar yang mendaftar kursus DBS10012 melibatkan pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA). Tahap penguasaan pelajar terhadap kursus DBS10012 diukur berdasarkan kepada tiga Hasil Pembelajaran Kursus atau Course Learning Outcomes (CLO) iaitu CLO1C, CLO2C dan CLO3P. Peratus purata pencapaian bagi setiap CLO harus sama atau melebihi 50% Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, trend pencapaian CLO1C bagi pelajar DBS10012 di PTSB pada akhir setiap semester sentiasa menunjukkan peratusan yang rendah berbanding CLO2C dan CLO3P. Pengukuran CLO1C adalah merangkumi komponen Ujian Bertulis dan Penilaian Akhir. Kegagalan pelajar dalam menjawab soalan ujian bertulis dikenalpasti sebagai penyumbang kepada prestasi pencapaian kurang daripada 50%. Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Ujian Bertulis DBS10012 Sesi 1 2022/2023 dan Sesi 2 2021/2022 menunjukkan 39.3 % dan 61.1% pelajar gagal dalam ujian tersebut. Analisis dibuat terhadap soalan ujian dan didapati majoriti pelajar setiap semester menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan ketiga iaitu berkaitan Momen Daya. Sebanyak 74 sampel skrip jawapan pelajar Sesi 1 2022/2023 dan Sesi 2 2021/2022 telah dianalisis dan dapatan menunjukkan sebanyak 47.3% pelajar gagal dalam penentuan nilai ‘d’, 20.3% pelajar melakukan kesalahan dalam pengiraan, 8.1% pelajar tidak menjawab soalan dan 2.7% pelajar gagal dalam pertukaran unit. Dapatan ini dijadikan sebagai panduan dalam penghasilan inovasi Moment Kit Board sebagai langkah bagi meningkatkan pemahaman dan memudahkan pelajar menentukan nilai ‘d’ bagi soalan ketiga ujian bertulis sekaligus membantu para pelajar DBS10012 mencapai sekurang-kurangnya 50% bagi CLO1C.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hassan, Azlina
azlina.jmsk@gmail.com
Md Yusoff, Ruzita
ruzitamdyusoff@gmail.com
Zamzuri, Fazaliana
Fazaliana205@gmail.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Page Range: pp. 470-476
Keywords: Sains kejuruteraan, politeknik, force, daya, fizik
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83609
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83609.pdf] Text
83609.pdf

Download (10MB)

ID Number

83609

Indexing

Statistic

Statistic details