Penjajaran aktiviti kokurikulum di sekolah menengah kluster & kecemerlangan dan universiti penyelidikan: tinjauan awal / Hishomudin Ahmad, Mohd Faisol Ibrahim and Nabilah Yusof

Ahmad, Hishomudin and Ibrahim, Mohd Faisol and Yusof, Nabilah (2017) Penjajaran aktiviti kokurikulum di sekolah menengah kluster & kecemerlangan dan universiti penyelidikan: tinjauan awal / Hishomudin Ahmad, Mohd Faisol Ibrahim and Nabilah Yusof. e-Academia Journal, 6 (1). pp. 290-301. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Kemahiran insaniah merupakan elemen penting yang perlu dipupuk di kalangan pelajar-pelajar bermula dari sekolah menengah dan seterusnya institusi pengajian tinggi melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum. Ia penting dalam membantu mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji penjajaran aktiviti kokurikulum antara sekolah menengah kluster & kecemerlangan dengan universiti penyelidikan di Malaysia. Kajian kualitatif dijalankan dengan menggunakan kaedah analisa kandungan laman web institusi yang terlibat. Perbandingan dilakukan dengan menganalisa aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah kluster & kecemerlangan dan tiga buah universiti penyelidikan di Malaysia yang dipilih secara persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati 25% daripada aktiviti kokurikulum mempunyai penjajaran di antara kedua-dua institusi, khususnya dalam teras sukan dan kesukarelawanan. Sementara itu, 75% aktiviti kokurikulum tiada penjajaran langsung antara kedua-dua institusi, di mana 50% daripadanya hanya ditawarkan di universiti penyelidikan sahaja, dan 25% hanya ditawarkan di peringkat sekolah menengah kluster & kecemerlangan. Perkara ini menyebabkan penerapan kemahiran insaniah melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar tidak dapat dilakukan secara optimum kerana tiada penjajaran di antara kedua-dua institusi pendidikan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Hishomudin
hishomudin@usim.edu.my
Ibrahim, Mohd Faisol
UNSPECIFIED
Yusof, Nabilah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 6
Number: 1
Page Range: pp. 290-301
Keywords: Kemahiran Insaniah; Penjajaran Aktiviti Kokurikulum; Sekolah Menengah Kluster; Kecemerlangan; Universiti Penyelidikan
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83525
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83525.pdf] Text
83525.pdf

Download (901kB)

ID Number

83525

Indexing

Statistic

Statistic details