Pengaruh ilmu kolonial dalam permuziuman di Malaysia: satu analisis / Rahimin Affandi Abdul Rahim ... [et al.]

Abdul Rahim, Rahimin Affandi and Abdul Jalal, Ahmad Farid and Ismail, Huzaimah and Ismail, Abdul Halim and Abd Razak, Muhd Imran (2017) Pengaruh ilmu kolonial dalam permuziuman di Malaysia: satu analisis / Rahimin Affandi Abdul Rahim ... [et al.]. e-Academia Journal, 6 (1). pp. 127-141. ISSN 2289 - 6589
Abstract

Penjajahan kuasa barat di Alam Melayu antara lainnya telah melahirkan ilmu kolonial yang dipergunakan oleh para orientalis untuk mengkaji masyarakat tanah jajahan secara lebih tuntas.Objektif kajian ini ialah mengkaji pengaruh ilmu kolonial terhadap pembangunan ilmu tentang permuziuman di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan analisis terhadap data-data yang berkaitan ilmu kolonial dan penulisan para orientalis. Tumpuan kajian diberikan kepada impaknya terhadap institusi muzium di Malaysia. Analisis mendalam dilakukan terhadap beberapa isu utama; apakah ilmu kolonial dan kaitannya dengan muzium moden dan apakah impak ilmu kolonial di Malaysia. Hasil kajian mendapati, ilmu kolonial telah meninggalkan impak jangka panjang yang berkekalan, samada dari segi institusi muzium ataupun bidang keilmuan. Ia juga memberi impak langsung terhadap perjalanan institusi pentadbiran di Malaysia. Justeru itu, kajian secara kritikal lebih lanjut perlu dilakukan terhadap semua warisan ilmu kolonial bagi memperbetulkan dasar dan mendaulatkan masyarakat Melayu secara khususnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 83524.pdf]
Text
83524.pdf
Download (395kB)
Indexing & Metrics