Faktor pemilihan dan faedah homeschooling / Fadzilawani Astifar Alias ... [et al.]

Alias, Fadzilawani Astifar and Mahlan, Siti Balqis and Shamsuddin, Maisurah and Ahmad, Nurhafizah (2023) Faktor pemilihan dan faedah homeschooling / Fadzilawani Astifar Alias ... [et al.]. Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation, 5. pp. 57-61. ISSN 978-967-25608-8-3

Abstract

Salah satu alternatif pendidikan bagi anak-anak pada masa kini adalah homeschooling. Berbeza dengan kaedah pembelajaran pendidikan formal secara umumnya, homeschooling menggunakan kaedah belajar dan mengajar di rumah. Melalui homeschooling ini, ibubapa boleh menentukan sendiri kaedah pembelajaran yang sesuai kepada anak-anak mereka mengikut kemampuan, gaya pembelajaran dan minat anak-anak mereka sendiri. Selain itu, ibubapa boleh mengajar anak mereka sendiri atau menjemput tenaga pengajar ke rumah untuk mengajar anak mereka bersesuaian dengan sistem pendidikan formal. Homeschooling merupakan kaedah belajar yang mempunyai manfaat yang sama seperti pendidkan formal cuma ianya berlangsung dari rumah. Homeschooling dapat menanamkan rasa seronok untuk belajar dengan memberikan kebebasan belajar dengan memilih tempat dan masa yang bersesuaian. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada ibubapa bahawa belajar bukan hanya dapat dijalankan secara formal tetapi ia juga dapat dijalankan secara terbuka dan santai termasuk di rumah. Walaubagaimanapun, kaedah ini masih dianggap baru di Malaysia dan ramai ibubapa masih belum terdedah dan faham akan kaedah homeschooling ini. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kaedah homeschooling ini menjadi pilihan ibubapa pada masa kini dan mengkaji faedah pembelajaran secara homeschooling. Kajian ini diharapkan dapat memberi sedikit pendedahan kepada ibubapa tentang konsep homeschooling dan memberi pilihan kepada ibubapa untuk menyediakan pendidikan kepada anak-anak dengan cara yang terbaik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Fadzilawani Astifar
fadzilawani.astifar@uitm.edu.my
Mahlan, Siti Balqis
sitibalqis026@uitm.edu.my
Shamsuddin, Maisurah
maisurah025@uitm.edu.my
Ahmad, Nurhafizah
nurha9129@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Schools
L Education > LB Theory and practice of education > Schools > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation
ISSN: 978-967-25608-8-3
Volume: 5
Page Range: pp. 57-61
Keywords: Homeschooling, Kaedah Pembelajaran , Faedah, Kualiti
Date: April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83285
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83285.pdf] Text
83285.pdf

Download (340kB)

ID Number

83285

Indexing

Statistic

Statistic details