Peranan kunyit dalam dunia perubatan: isu saintifik, budaya, sosial, serta alam sekitar / Zulmuhshar Abdul Zahar, Ibtisam Abdul Wahab and Hannis Fadzillah Mohsin

Abdul Zahar, Zulmuhshar and Abdul Wahab, Ibtisam and Mohsin, Hannis Fadzillah (2016) Peranan kunyit dalam dunia perubatan: isu saintifik, budaya, sosial, serta alam sekitar / Zulmuhshar Abdul Zahar, Ibtisam Abdul Wahab and Hannis Fadzillah Mohsin. e-Academia Journal, 5 (1). pp. 1-7. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Kertas ini bertujuan untuk mengulas dan memberi pencerahan kepada rasionalnya satu sebatian perubatan yang dikenali sebagai kurkumin. Sebatian ini terkandung di dalam kunyit, yang juga dikenali sebagai Curcuma longa. Produk kunyit tempatan mempunyai ciri-ciri kebolehpasaran. Sebatian kurkuminoid ini juga boleh diasingkan dari Curcuma domestica, serta diperakui oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kesan-kesan metabolik dari sebatian kurkumin ini telah diperjelaskan dalam kajian dan penerbitan jurnal saintifik. Kajian literatur telah dilakukan, namun, hanya tertakluk sehingga tempoh 2010/2011. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengemaskini maklumat serta mengundang pendapat serta penyelidikan yang berpotensi, berhubung dengan fungsi dan pengaruh kurkumin di dalam obesiti serta penyakit berkaitan dengan metabolisme. Di dalam metodologi, pencarian elektronik dilakukan untuk kurkumin. Artikel-artikel berbahasa Inggeris tersebut dikumpulkan dan dianalisa. Didapati, kajian-kajian klinikal yang telah tamat dan masih berlangsung telah disenaraikan. Terdapat korelasi saintifik di antara aktiviti kurkumin untuk menyokong penurunan berat badan serta pengurangan insiden penyakit berkaitan dengan obesiti. Sebatian semulajadi ini juga mampu mempamerkan aktiviti untuk menentang obesiti melalui mekanisma anti inflamatori dan antioksidan. Bukti ini mencadangkan bahawa kurkumin boleh mengawal metabolisma lipid, yang berperanan utama di dalam perkembangan obesiti serta komplikasinya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Zahar, Zulmuhshar
UNSPECIFIED
Abdul Wahab, Ibtisam
ibtisam@uitm.edu.my
Mohsin, Hannis Fadzillah
UNSPECIFIED
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > Pests and diseases > Pest control and treatment of diseases. Plant protection > Pesticides
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 5
Number: 1
Page Range: pp. 1-7
Keywords: Curcuma, Kunyit, Kurkumin, Literatur, Obesiti
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83067
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83067.pdf] Text
83067.pdf

Download (269kB)

ID Number

83067

Indexing

Statistic

Statistic details