Bentuk-bentuk ketidakpatuahan cukai: kajian ke atas Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor pembinaan di Malaysia / Muhammad Aqbal Mashadi ... [et al.]

Mashadi, Muhammad Aqbal and Ramli, Rosiati and Palil, Mohd Rizal and Jaffar, Romlah (2016) Bentuk-bentuk ketidakpatuahan cukai: kajian ke atas Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor pembinaan di Malaysia / Muhammad Aqbal Mashadi ... [et al.]. e-Academia Journal, 5 (1). pp. 1-14. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Ketidakpatuhan cukai merupakan satu isu berterusan yang dihadapi oleh kebanyakan badan pentadbir cukai termasuklah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). LHDNM mendefinisikan ketidakpatuhan cukai sebagai kegagalan seseorang individu atau satu entiti untuk mendaftar, menghantar borang cukai dalam tempoh masa yang ditetapkan, melaporkan jumlah pendapatan yang betul, dan membayar cukai. Kajian-kajian lepas di Malaysia mendapati bahawa sektor pembinaan khususnya perniagaan kecil dan sederhana (PKS) mempunyai penglibatan yang tinggi dalam ketidakpatuhan cukai. Namun begitu, didapati bahawa dalam kajian-kajian lepas tersebut tidak menjelaskan bentuk-bentuk tindakan ketidakpatuhan cukai dan jenis-jenis perniagaan yang berada dalam kategori PKS sektor pembinaan yang paling cenderung tidak patuh cukai. Oleh itu, kajian ini memfokuskan usaha untuk mengenal pasti perlakuan cukai (patuh atau tidak patuh) dan menjelaskan bentuk-bentuk ketidakpatuhan cukai (daftar, hantar, lapor, dan bayar) yang dilakukan serta hubungan antara jenis perniagaan dengan gelagat pematuhan cukai di kalangan PKS sektor pembinaan di Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan 44% sampel PKS sektor pembinaan tidak patuh cukai, manakala jenis perniagaan kejuruteraan awam didapati paling dominan melakukan ketidakpatuhan cukai dan tindakan tidak atau lewat hantar borang cukai merupakan bentuk ketidakpatuhan cukai yang dominan dilakukan oleh PKS. Analisis kajian juga menunjukkan bahawa jenis perniagaan PKS sektor pembinaan mempengaruhi gelagat pematuhan cukai. Dapatan kajian ini boleh memberi nilai tambah kepada literatur cukai dan seterusnya boleh dijadikan sebagai input penting kepada pihak LHDNM bagi membolehkan pihak LHDNM untuk merangka strategi pematuhan cukai yang lebih berkesan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mashadi, Muhammad Aqbal
muhammadaqbal@gmail.com
Ramli, Rosiati
UNSPECIFIED
Palil, Mohd Rizal
UNSPECIFIED
Jaffar, Romlah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > Revenue. Taxation. Internal revenue
H Social Sciences > HJ Public Finance > Tax collection. Taxpayer compliance
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Faculty of Accountancy
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 5
Number: 1
Page Range: pp. 1-14
Keywords: Ketidakpatuhan Cukai, Perniagaan Kecil Dan Sederhana (PKS), Sektor Pembinaan
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83018
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83018.pdf] Text
83018.pdf

Download (419kB)

ID Number

83018

Indexing

Statistic

Statistic details