Menara Gadis / Farah Hayati Mustapa

Mustapa, Farah Hayati (2023) Menara Gadis / Farah Hayati Mustapa. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM.

Abstract

Menara Gadis, yang dikenali sebagai Maiden’s Tower, ataupun Kiz Kulesi dalam Bahasa Turki adalah sebuah bangunan bersejarah yang ikonik lagi indah dan merupakan salah satu simbol kota Istanbul, Tiirkiye. Ia dibina di sebuah pulau kecil yang mana tidak pernah kelihatan dasarnya sehingga kini. Ia terletak di pintu masuk bahagian Asia, selat Bosphorus, lebih kurang 200 meter dari pantai Uskiidar di Istanbul. Ia menjadi lambang cinta dan kasih sayang, juga terkenal di dalam filem, cerita dan kesusasteraan. Menara ini dibina oleh Maharaja Byzantine pada tahun 1110. Selepas penaklukan Byzantine oleh Sultan Muhammad Al-fateh, menara ini berfungsi sebagai menara pemerhati. Menara ini pernah musnah akibat gempa bumi, dibina semula kemudian dirobohkan. Proses roboh dan bina ini berlaku berulang kali pada pemerintahan Sultan-sultan Empayar Uthmaniyah yang lain. Menara ini pernah berfungsi sebagai rumah api pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad III. Pada 1829, ia pernah digunakan sebagai stesen kuarantin sebelum diambil alih oleh Sultan Mahmud II pada 1832. Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, pada 1945, menara ini telah diambil alih oleh kerajaan Republik Turki. Selepas sahaja selesai dibaik pulih pada 1998, menara ini muncul dalam filem James Bond, “The World Is Not Enough". Seterusnya, selepas gempa bumi dan tsunami pada 1999 di Laut Marmara, struktur sokongan besi ditambah kepada menara supaya lebih kukuh. Kini menara ini dijadikan sebagai tarikan pelancong, terdapat cafe dan restoran untuk disinggahi dengan menaiki bot yang berlayar dari pantai ke menara pada setiap hari.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustapa, Farah Hayati
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83012
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83012.pdf] Text
83012.pdf

Download (690kB)

ID Number

83012

Indexing

Statistic

Statistic details