Pelaksanaan istibdal harta wakaf terhadap penjanaan dana tunai Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia / Afiffudin Mohammed Noor

Mohammed Noor, Afiffudin (2019) Pelaksanaan istibdal harta wakaf terhadap penjanaan dana tunai Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia / Afiffudin Mohammed Noor. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Dalam usaha ke arah melestari pembangunan harta wakaf di Malaysia, pihak pentadbir wakaf khususnya Majlis Agama Islam Negeri menghadapi masalah kekangan dana yang amat serius. Dengan jumlah tanah wakaf yang ada di seluruh Malaysia serta kos perbelanjaan yang tinggi bagi melaksanakan pembangunan menyebabkan hanya sebahagian sahaja tanah wakaf yang dapat dibangunkan. Dalam menghadapi masalah ini, ada sarjana mengatakan bahawa kaedah istibdal mampu menjana dana bagi pembangunan harta wakaf. Justeru matlamat kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan istibdal harta wakaf terhadap penjanaan dana tunai Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilakukan berdasarkan kepada dua metode utama iaitu metode lapangan dan metode kepustakaan. Melalui metode lapangan, pengkaji menghadirkan diri ke Majlis Agama Islam Negeri yang merupakan pemegang amanah tunggal harta wakaf di Malaysia bagi mendapatkan data berkenaan dengan pelaksanaan istibdal. Data tersebut diperoleh melalui kaedah analisis dokumen dan juga temubual. Seterusnya data berkenaan dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Bagi metode kepustakaan, pengkaji merujuk kepada kitab-kitab klasik, buku-buku kontemporari, jurnal, makalah dan juga kajian-kajian yang lalu yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohammed Noor, Afiffudin
2012181461
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ismail, Che Zuina
UNSPECIFIED
Subjects: K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doctor of Philosophy - IC900
Keywords: Istibal, wakaf, dana tunai
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82841
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82841.pdf] Text
82841.pdf

Download (28kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

82841

Indexing

Statistic

Statistic details