Transkrip temubual bersama Encik Aisyamuddin bin Abd Latip, Pengarang Kehormat Ahli Persatuan Sejarah Segamat: mengenai sejarah Kampung Sepinang dan Kampung Gelang Chinchin

Hanim, Fatin Nadya and Hayazi, Nurul Ain Natasha (2023) Transkrip temubual bersama Encik Aisyamuddin bin Abd Latip, Pengarang Kehormat Ahli Persatuan Sejarah Segamat: mengenai sejarah Kampung Sepinang dan Kampung Gelang Chinchin. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi kandungan rakaman yang menyeluruh terhadap temu bual yang mengisahkan tentang Kampung Sepinang dan Kampung Gelang Chinchin bersama tokoh yang mempunyai ilmu yang banyak mengenai sejarah dan peristiwa kampung tersebut iaitu Encik Aisyamuddin Bin Abd. Latip yang juga merupakan Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Segamat merangkap pelajar sepenuh masa Sarjana Seni Bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pengetahuan beliau mengenai kedua-dua kampung ini telah banyak membantu dalam merekodkan sejarah asal usul Kampung Sepinang dan Kampung Gelang Chinchin. Bentuk-bentuk soalan yang diajukan adalah seperti soalan terperinci atau soalan umum serta maklumat tambahan mengenai Kampung Sepinang dan Kampung Gelang Chinchin. Sesi temubual ini dilaksanakan di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM berdurasi selama 59 minit 45 saat pada 27 Jun 2023 yang merupakan tempat pengkisah menuntut ilmu. Diharapkan melalui proses temubual dan penghasilan transkrip ini dapat menyumbang kepada generasi akan datang bagi memberi maklumat meluas mengenai sejarah Kampung Sepinang dan Kampung Gelang Chinchin.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 82825.pdf]
Text
82825.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics