Transkrip temu bual bersama Cikgu Haji Alit bin Mohd Shariff mantan guru mengenai: sejarah Kampung Jawa / Nurul Aina Nazira binti Abd Halim and Siti Sufiah Aishah binti Johari

Abd Halim, Nurul Aina Nazira and Johari, Siti Sufiah Aishah (2023) Transkrip temu bual bersama Cikgu Haji Alit bin Mohd Shariff mantan guru mengenai: sejarah Kampung Jawa / Nurul Aina Nazira binti Abd Halim and Siti Sufiah Aishah binti Johari. Oral History Report. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik. (Unpublished)

Abstract

Transkrip temu bual ini adalah mengenai sejarah Kampung Jawa, Segamat, bersama Cikgu Haji Alit bin Mohd Shariff yang merupakan seorang mantan guru dan penduduk Kampung Jawa yang telah menetap di situ selama 76 tahun. Pengetahuan mendalam Cikgu Haji Alit tentang sejarah Kampung Jawa yang diperoleh daripada hubungan rapat dengan penduduk kampung terdahulu dan pengalaman beliau dalam menjalani kehidupan di kampung tersebut. Malah, beliau pernah menulis buku dan nota berkenaan sejarah Kampung Jawa kerana minat untuk meneroka dan mendalami sejarah tempat tinggal beliau. Hal ini menjadikan beliau seorang pengkisah penting dalam memahami sejarah dan kekayaan warisan Kampung Jawa. Kampung Jawa yang telah ditubuhkan selama lebih satu abad bermula dari tahun 1890an memainkan peranan penting kepada pembangunan Segamat. Di atas kegigihan Maryani Bin Warto yang merupakan individu yang mula menubuhkan Kampung Jawa, tanah yang asalnya hanyalah hutan belantara telah berkembang menjadi sebuah kampung dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat. Kegiatan ekonomi yang banyak dijalankan di Kampung Jawa juga semakin meningkatkan kemajuan kampung tersebut, dan seterusnya turut menyumbang ke arah perkembangan Segamat. Namun begitu, ketiadaan pendokumentasian sejarah Kampung Jawa menyebabkan maklumat sejarah tentang kampung itu tidak tersedia. Tambahan pula, sebahagian besar generasi muda Kampung Jawa masih tidak menyedari keunikan warisan kampung mereka, menjadikan projek ini sebagai langkah penting ke arah menyedarkan mereka tentang asal usul mereka dan memupuk rasa bangga terhadap sejarah kampung mereka. Oleh itu, melalui ingatan dan kepakaran Cikgu Haji Alit, transkrip temu bual ini bertujuan untuk menjelaskan sejarah dan peranan penting yang telah dimainkan oleh Kampung Jawa dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan Segamat, Johor. Transkrip temu bual ini akan menjadi sumber yang tidak ternilai untuk penyelidik, ahli sejarah, dan orang awam yang berminat untuk memahami kepentingan sejarah kampung itu.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Halim, Nurul Aina Nazira
2022940525
Johari, Siti Sufiah Aishah
2022981651
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Interviewee
Mohd Shariff, Alit
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Abdul Jamil@Kamarudzzaman, Azura
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management
Programme: Bachelor of Information Science (Hons.) Records Management
Keywords: Sejarah lisan; Kampung Jawa Segamat
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82636
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82636.pdf] Text
82636.pdf

Download (4MB)

ID Number

82636

Indexing

Statistic

Statistic details