Citra dan cabaran peribahasa Melayu dalam melestarikan etos dan peradaban bangsa / Azarudin Awang, Che Zuina Ismail and Rubiah Abu Bakar

Awang, Azarudin and Ismail, Che Zuina and Abu Bakar, Rubiah (2021) Citra dan cabaran peribahasa Melayu dalam melestarikan etos dan peradaban bangsa / Azarudin Awang, Che Zuina Ismail and Rubiah Abu Bakar. Borneo Akademika, 5 (2). pp. 110-121.

Abstract

Peribahasa merupakan ekspresi masyarakat Melayu lama terhadap fenomena kehidupan yang berlaku di sekelilingnya pada masa dahulu. Realitinya budaya yang diwarisi sekian lama ini hanya kerap kali digunakan dalam majlis-majlis perasmian dan perkahwinan serta disampaikan dalam bentuk dendangan lagu. Kurangnya menghayati peribahasa Melayu dalam kalangan golongan muda di Malaysia khususnya kerana mereka tidak begitu melihat fungsi peribahasa dalam kehidupan semasa. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan citra peribahasa dalam membangunkan etos dan peradaban bangsa Melayu. Selanjutnya melihat cabaran pada masa kini yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dalam memartabatkan peribahasa dalam rutin kehidupan. Penyelidik melakukan kajian dokumentasi iaitu kajian ke atas teks, tulisan, jurnal dan makalah yang lepas khususnya dari aspek peranan bagi mendapat maklumat berkaitan. Hasil kajian menunjukkan peribahasa mempunyai peranan yang tersendiri dalam memacu pembangunan etos dan peradaban bangsa Melayu sejak zaman-berzaman. Antara peranannya adalah sebagai medium menyampaikan pengajaran, teguran secara berhikmah, memperteguhkan adat Melayu berpaksikan kepada syarak, memotivasikan diri dan merangsang ke arah permuafakatan hidup. Tegasnya kajian ini penting, kerana ia mampu memberi maklumat awal tentang peri penting pembelajaran peribahasa khususnya kepada generasi muda agar warisan ini tidak akan lenyap ditelan zaman.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang, Azarudin
azaru154@uitm.edu.my
Ismail, Che Zuina
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Rubiah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar > Philosophy, origin, etc. of language
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Borneo Akademika (BA)
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 110-121
Keywords: Citra; Cabaran; Peribahasa; Melayu; Etos dan Peradaban
Date: December 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82291
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82291.pdf] Text
82291.pdf

Download (408kB)

ID Number

82291

Indexing

Statistic

Statistic details