Larian Lasak Khazanah Alam / Suhaila Sharil and Zamanhuri Zainal Abidin

Sharil, Suhaila and Zainal Abidin, Zamanhuri (2023) Larian Lasak Khazanah Alam / Suhaila Sharil and Zamanhuri Zainal Abidin. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Pada 4 Mac 2023, Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Staff (KARiSTA) 2023 bertempat di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Sebanyak 15 acara yang telah disertai oleh Pasukan kontinjen dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan, antaranya ialah Bola Tampar Wanita, Bola Jaring, Bowling, Bola Sepak Senior, Sepak Takraw, Dart, Pétanque, Memanah, Bola Tampar Lelaki, Ping Pong, Berbasikal MTB, Ragbi, Larian, Tennis dan Golf. Bagi acara Larian lasak Khazanah Alam dalam Sukan KARiSTA UiTM 2023, bermula dengan jarak 10 KM terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Lelaki Senior (39 Tahun ke bawah) , Lelaki Veteran (40 hingga 49 Tahun), Lelaki Super Veteran (50 Tahun dan ke atas), wanita senior (39 Tahun ke bawah) dan Wanita Veteran (40 Tahun dan ke atas). Pengurus kepada acara larian bagi kontinjen UiTM Negeri Sembilan adalah Encik Zamanhuri Zainal Abidin. Beliau sangat berdedikasi dalam melaksanakan tugas sebagai Pengurus Pasukan Larian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 82217.pdf]
Text
82217.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics