Ganjaran bukan kewangan sumber motivasi kepada pekerja dalam organisasi / Asiah Ali

Ali, Asiah (2023) Ganjaran bukan kewangan sumber motivasi kepada pekerja dalam organisasi / Asiah Ali. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Sumber manusia merupakan sumber utama dalam suatu organisasi dan memainkan peranan penting sebagai penggerak dalam aktiviti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Dalam konsep pengurusan, secara umum kita akan berurusan dengan dua perkara iaitu, pengurusan kerja dan juga pengurusan manusia. Pengurusan terhadap kerja mudah untuk diuruskan kerana melibatkan prosedur serta kemahiran untuk menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan. Manakala pengurusan manusia merupakan satu pengurusan yang unik dan merupakan satu seni yang memerlukan penelitian serta timbang rasa antara pemimpin dan pengikut. Sumber motivasi boleh dikategorikan kepada dua iaitu motivasi ransangan daripada dalaman serta rangsangan daripada luaran (Morris et al. 2022). Mengikut Moris serta rakan-rakan (2022) gabungan faktor intrinsik dan ekstrinsik menjuruskan ke dalam fasa perbincangan pra-keputusan dalam pembentukan kelakuan bermotivasi. Ganjaran kewangan dan bukan kewangan merupakan salah satu praktis pengurusan sumber manusia yang digunakan dalam organisasi. Ianya dijadikan satu alat untuk memberikan motivasi kepada para pekerja. Pendekatan ini merupakan satu faktor luaran yang memberikan rangsangan kepada para pekerja untuk lebih bermotivasi serta bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan harian mereka.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ali, Asiah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin APB Edisi 10
ISSN: 2682-7948
Keywords: Ganjaran, kewangan, motivasi, pekerja, organisasi
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82124
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82124.pdf] Text
82124.pdf

Download (1MB)

ID Number

82124

Indexing

Statistic

Statistic details