Semiotik Peirce dalam puisi Kisah Hujan, Bagimu Negeri dan Kota II karya Tulangkata (2020) dalam konteks unsur alam / Muhammad Aliff Ikmal Aliash

Aliash, Muhammad Aliff Ikmal (2022) Semiotik Peirce dalam puisi Kisah Hujan, Bagimu Negeri dan Kota II karya Tulangkata (2020) dalam konteks unsur alam / Muhammad Aliff Ikmal Aliash. In: ARTe: Art & Expression, October 2022, October.
Abstract

Esei ini adalah reflektif interpretasi unsur alam yang terdapat dalam puisi Kisah Hujan, Bagimu Negeri dan Kota Ⅱ di dalam buku SHA (2020) karya daripada Tulangkata melalui teori semiotik. Semiotik boleh dikaitkan dengan makna unsur alam yang terdapat di dalam karya kreatif yang boleh digambarkan melalui tanda dan petanda. Konsep semiotik Peirce disebut sebagai trikotomi, iaitu terdiri dari ikon, indeks, dan simbol. Ketiga-tiga puisi ini dipilih sebagai subjek kajian kerana ketiga-tiga puisi tersebut banyak menggunakan makna kiasan dan tersirat yang sesuai dikaji menggunakan teori semiotik dalam puisi Kisah Hujan, Bagimu Negeri dan Kota Ⅱ. Analisis tekstual melalui kaedah kualitatif dengan menggunakan bahan-bahan bacaan ilmiah daripada perpustakaan memberi pendedahan kepada pembaca tentang unsur alam yang terdapat di dalam buku puisi SHA dari Tulangkata. Esei ini menghuraikan makna dan simbol unsur alam yang digunakan dalam puisi terpilih dari buku SHA karya Tulangkata mengikut tematik analisis supaya ia dapat membantu para pembaca buku puisi memahami dengan lebih mudah makna ikon, indeks dan simbol yang terdapat melalui isi kandungan dalam puisi Kisah Hujan, Bagimu Negeri dan Kota Ⅱ berdasarkan tema yang dipilih.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 81802.pdf]
Text
81802.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics