Kajian penyingkiran besi dan mangan di dalam air sungai menggunakan zeolit / Asmadi Ali …[et al.]

Ali, Asmadi and Mohd Sinin, Azhar and Jusoh, Ahmad and Ali, Mohd Yumaimi (2006) Kajian penyingkiran besi dan mangan di dalam air sungai menggunakan zeolit / Asmadi Ali …[et al.]. In: Volume No. 1: Science and Technology, 30 – 31 May 2006, Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, Pahang.
Abstract

Kajian yang dilakukan adalah untuk menentukan keberkesanan zeolit sebagai bahan bantu pengental dalam rawatan air sungai untuk menyingkirkan kekeruhan, besi dan mangan. Sampel air mentah diperolehi daripada Loji Rawatan Air Kepong yang diambil dari Sungai Terengganu. Parameter-parameter yang diuji adalah seperti pH, kekeruhan, besi dan mangan. Kaedah ujian balang telah dijalankan bagi menguji keberkesanan zeolit di dalam merawat air mentah ini. Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi daripada kajian ini, secara purata keseluruhannya., penyingkiran kekeruhan, besi dan mangan menggunakan zeolit sebagai bahan bantu pengental adalah paling berkesan dengan masing-masing sebanyak 95.23%, 94.79% dan 88.22% berbanding dengan menggunakan aluminium sulfat(alum) sahaja ataupun campuran alum dan polielektrolit

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 81746.PDF]
Text
81746.PDF
Download (5MB)
Indexing & Metrics