Pengoptimuman kelompok sebatian kimia menggunakan teknik algoritma genetik (GA) / Rosmayati Mohamed, Zuriana Abu Bakar and Naomie Salim

Mohamed, Rosmayati and Abu Bakar, Zuriana and Salim, Naomie (2006) Pengoptimuman kelompok sebatian kimia menggunakan teknik algoritma genetik (GA) / Rosmayati Mohamed, Zuriana Abu Bakar and Naomie Salim. In: Volume No. 1: Science and Technology, 30 – 31 May 2006, Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, Pahang.
Abstract

Proses mengenalpasli molekul-molekul yang berpotensi untuk dijadikan ubat merupakan satu proses yang rumit dan lama. Kewujudan berjuta-juta molekul dalam pangkalan data kimia menambahkan lagi kesukaran kepada ahli kimia untuk memprosesnya. Disebabkan oleh faktor kos dan masa, algoritma pemilihan sebatian telah digunakan di mana hanya satu set perwakilan kecil sebatian dipilih daripada sebuah pangkalan data kimia yang besar. Salah satu teknik dalam pemilihan sebatian adalah dengan menggunakan pengelompokan. Algoritma pengelompokan Ward untuk
mengelompokkan molekul-molekul yang diwakilkan dalam bentuk perwakilan molekul 2D sering digunakan dalam penyelidikan kimia informatik. Dalam kajian ini, teknik algoritma genetik (CA) digunakan untuk mengoplimumkan kelompok-kelompok yang diperolehi melalui pengelompokan Ward dan hasil ujikaji dibandingkan dengan pengelompokan Ward. Perbandingan di antara kelompok-kelompok yang dihasilkan menggunakan Ward dan kelompok-kelompok yang dioptimumkan menggunakan GA mendapati kelompok yang dioptimumkan menggunakan GA menunjukkan peningkatan dari segi jarak ketidakserupaan antara kelompok. Ini menunjukkan penggunaan GA dalam pengelompokan Ward mempunyai kecenderungan dalam menghasilkan pemilihan sebatian yang lebih pelbagai.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 81651.PDF]
Text
81651.PDF
Download (3MB)
Indexing & Metrics