Kaedah penjanaan bayang berbantukan OpenGL / Umar Baba, Mohd Nain Awang and Mazwin Tan

Baba, Umar and Awang, Mohd Nain and Tan, Mazwin (2006) Kaedah penjanaan bayang berbantukan OpenGL / Umar Baba, Mohd Nain Awang and Mazwin Tan. In: Volume No. 1: Science and Technology, 30 – 31 May 2006, Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, Pahang.

Abstract

Kini komputer dapat menjana gambar yang sukar dibezakan dengan gambar yang diambil oleh kamera. Untuk menjana gambar sedemikian banyak factor yang diambil kira. Satu daripadanya ialah bayang-bayang objek yang terdapat dalam sesuatu gambar, bayang akan diperoleh apabila terdapat objek yang menghalang cahaya dari sumber cahaya seperti lampu menerangi sesuatu kawasan, Kawasan yang terhalang cahaya adalah kawasan bayang dan biasanya diwarnakan dengan warna yang gelap atau hitam. Penentuan kawasan bayang ini melibatkan kedudukan sumber cahaya dan kedudukan pemerhati yang dianggap melihat gambar. Terdapat beberapa kaedah menjana bayang pada komputer seperti kaedah unjuran, isipadu bayang dan pemetaan baying. Kertas kerja ini akan membincangkan hanya kaedah unjuran dalam kaedah unjuran ini dua teknik dibincangkan iaitu teknik palsu dan teknik unjuran sesatah. Penjanaan bayang disempurnakan dengan bantuan antara muka grafik OpenGL menerusi bahasa pengaturcaraan Microsoft Visual C++ versi 6,0, OpenGL ialah suatu antara muka grafik yang terdiri daripada sekumpulan perpustakaan grafik yang mampu menjana grafik 2 dimensi dan 3 dimensi yang bermutu tinggi. Untuk mengatasi masalah komunikasi dengan sistem pengoperasi tetingkap OpenGL digunakan bersama-sama perpustakaan Graphics Library Utilities Toolkit (GLUT), Jadi pengaturcara tidak perlu bimbang tentang cara-cara berkomunikasi dengan sistem pengoperasi yang berasaskan tetingkap. Pengaturcara hanya perlu tahu perintah perintah dari GLUT yang sesuai untuk mengendalikan tetingkap dari kebanyakan masa dihabiskan dalam penjanaan grafik sahaja. Kertas kerja ini juga membincangkan perintah-perintah OpenGL yang diperlukan untuk menghasilkan bayang pada kedua dua teknik unjuran.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Baba, Umar
umar@cs.usm.my
Awang, Mohd Nain
mnain@usm.my
Tan, Mazwin
mazwin_tan@yahoo.com
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication > Computer networks. General works. Traffic monitoring > Quality of service (Computer networks). Computer network management
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Proceedings Of The National Seminar On Science, Technology And Social Sciences
Event Title: Volume No. 1: Science and Technology
Event Dates: 30 – 31 May 2006
Page Range: pp. 155-162
Keywords: Bayang-bayang, pengaturcaraan, OpenGL
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81292
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81292.PDF] Text
81292.PDF

Download (5MB)

ID Number

81292

Indexing

Statistic

Statistic details