Transkrip wawancara bersama Che Mohd Zailani bin Che Moh tokoh main puteri / Masidayu Fazil and Nurul Nadia Ismail

Fazil, Masidayu and Ismail, Nurul Nadia (2014) Transkrip wawancara bersama Che Mohd Zailani bin Che Moh tokoh main puteri / Masidayu Fazil and Nurul Nadia Ismail. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temubual bersama Che Mohd Zailani Bin Che Moh mengenai kerjaya beliau dalam bidang main puteri. Transkrip temubual ini dijalankan di atas pentas pertunjukan main puteri bersebelahan dengan rumah beliau di Kampung Gual Jedok, Tanah Merah, Kelantan, pada 17 Oktober 2013 bermula pada pukul 9.00 malam. Beliau merupakan tokoh yang masih aktif hingga kini dalam bidang main puteri ini, beliau adalah di antara tiga kumpulan yang terkenal di negeri Kelantan. Beliau menubuhkan kumpulan yang dipanggil kumpulan Abang Mat Jedok. Transkrip ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang beliau, serta pengalaman-pengalaman beliau dalam bidang ini sepanjang penglibatan beliau, beliau bukan sahaja terkenal di Kelantan, malah terkenal di luar Malaysia, iaitu di Thailand. Beliau juga pernah mengadakan pertunjukan main puteri ini yang bertempat di Istana Budaya. Di samping itu juga beliau juga turut memberikan sedikit pendapatnya bagi memperkasakan bidang ini daripada terus pupus ditelan arus zaman, khususnya di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 81223.pdf]
Text
81223.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics