Aktiviti luar: riadah rekreasi kaum lelaki / Iza Faradiba Mohammad Patel, Farihana Abdul Razak and Afidah Osoman

Mohammad Patel, Iza Faradiba and Abdul Razak, Farihana and Osoman, Afidah (2023) Aktiviti luar: riadah rekreasi kaum lelaki / Iza Faradiba Mohammad Patel, Farihana Abdul Razak and Afidah Osoman. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Golongan lelaki lelaki di Malaysia sangat sinonim dengan aktiviti rekreasi dan sukan. Beberapa contoh sukan yang popular di Malaysia termasuk bola sepak, badminton, bola keranjang dan golf. Aktiviti luar seperti mendaki, memancing dan berkhemah turut digemari oleh mereka. Selain daripada itu, Malaysia mempunyai pantai yang panjang dan indah. Ini sekaligus menjadikan sukan air seperti meluncur, berkayak dan snorkeling begitu popular di kalangan lelaki. Sukan kembara juga semakin mendapat tempat di hati kaum lelaki Malaysia sebagai salah satu aktiviti rekreasi. Aktiviti seperti panjat tebing, zip-lining dan bungee jumping juga semakin popular di Malaysia. Aktiviti rekreasi yang dipilih oleh kaum lelaki adalah bergantung kepada kecenderungan peribadi serta lokasi kegemaran masing-masing. Terdapat beberapa aktiviti rekreasi yang popular iaitu aktiviti sukan seperti golf, bola keranjang, bola sepak; aktiviti luar seperti berkhemah, mendaki, memancing atau memburu; dan aktiviti dalaman seperti permainan video, permainan papan, membaca atau menonton filem. Aktiviti popular lain termasuk gim, bermain alat muzik, sukarelawanan dan mengambil bahagian dalam hobi seperti kerja kayu atau fotografi juga menjadi pilihan. Mengikut pemerhatian penulis, golongan lelaki Malaysia lebih gemar melakukan aktiviti luar kerana faktor kesesuaian cuaca dan aspek cabaran yang diperolehi dengan melakukan aktiviti tersebut.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohammad Patel, Iza Faradiba
UNSPECIFIED
Abdul Razak, Farihana
UNSPECIFIED
Osoman, Afidah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Riadah, rekreasi, lelaki, berkhemah, mendaki, memancing
Date: June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81207
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81207.pdf] Text
81207.pdf

Download (923kB)

ID Number

81207

Indexing

Statistic

Statistic details