Sundar Pichai menjadikan Google lubuk rekreasi / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Dato’ Khalid

Ismail, Normala and Khalid, Mohamad Kamil Ariff (2023) Sundar Pichai menjadikan Google lubuk rekreasi / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Dato’ Khalid. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Jika anda pernah melayari internet untuk mencari sesuatu, kemungkinan besar anda akan menggunakan enjin carian Google. Hari ini, Google diiktiraf sebagai sebuah syarikat teknologi multinasional yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk berorientasikan internet, antara yang paling Berjaya adalah enjin carian Google Search, Gmail dan Cloud Computing. Sehingga kini, tiada enjin carian yang dapat menandingi kehebatan Google. Di sebalik kejayaan yang dikecapi, sudah semestinya terdapat individu yang bertanggungjawab memacu syarikat Google ini di persada dunia. Oleh itu, tema ‘lelaki dan rekreasi’ dalam majalah ini ingin berbicara mengenai Sundar Pichai, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Inc. dan syarikat induknya, Alphabet Inc. dari tahun 2015 sehingga kini. Dilahirkan di Tamil Nadu, India pada tahun 1972, Sundar Pichai telah mencapai banyak kejayaan. Walaupun dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan, keduadua ibu bapanya memastikan beliau dan adikberadiknya mendapat pendidikan yang baik. Minat beliau terhadap teknologi menyebabkan beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan Teknologi Perniagaan dengan mengkhusus dalam bidang metalurgi di Indian Institute of Technology Kharagpur.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Normala
UNSPECIFIED
Khalid, Mohamad Kamil Ariff
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Sundar Pichai, Google, rekreasi, internet
Date: June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81203
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81203.pdf] Text
81203.pdf

Download (777kB)

ID Number

81203

Indexing

Statistic

Statistic details