Pembinaan tasik sebagai kolam takungan / Siti Atiqah Abdul Aziz

Abdul Aziz, Siti Atiqah (2010) Pembinaan tasik sebagai kolam takungan / Siti Atiqah Abdul Aziz. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Pembangunan yang pesat telah menyumbangkan kepada pertambahan jumlah air larian hujan. Air larian hujan biasanya mengandungi bahan-bahan pencemaran terkumpul seperti sampah, lumpur, kelodak, bahan kimia dan lain-lain bahan pencemaran. Bahan-bahan pencemaran ini diangkut bersama-sama aliran air larian permukaan. Oleh itu, kolam takungan adalah diperlukan untuk mengawal dan menguruskan air larian hujan dari segi kuantiti dan kualiti. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan menganalisa sistem pengurusan kolam takungan dalam menguruskan kuantiti dan kualiti air larian hujan. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti konsep dan reka bentuk awal yang diperlukan untuk pembinaan kolam takungan di tapak bina. Kolam takungan ini direkabentuk supaya aliran puncak dari pembangunan ini dikawal dan dialirkan ke bahagian hilir secara terkawal dengan kuantiti maksimum yang ditetapkan. lni akan mengurangkan kelajuan dan jumlah aliran yang boleh menyebabkan kejadian banjir kilat di bahagian hiliran. Pada masa yang sama juga kolam takungan boleh menyediakan kaedah untuk merawat air larian hujan dari bahan-bahan pencemaran yang terkandung didalamnya. Rawatan dilakukan melalui kaedah enapan graviti, proses biologi dan penukaran komposisi kimia semasa air larian hujan berada dalam kolam takungan. Kajian secara umum menunjukkan bahawa kolam takungan memang berupaya untuk menguruskan jumlah dan kualiti air larian hujan.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Aziz, Siti Atiqah
2008213694
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abdullah Halim, Anas Zafirol
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Ramli, Mohd Haiqal
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Jamil, Siti Jamiah Tun
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Architectural engineering. Structural engineering of buildings > Sustainable buildings. Sustainable construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: pembinaan tasik, kolam takungan, konsep dan rekabentuk
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81116
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 81116.pdf] Text
81116.pdf

Download (53MB)

ID Number

81116

Indexing

Statistic

Statistic details