Kenali jenis darah anda / Evana Kamarudin

Kamarudin, Evana (2023) Kenali jenis darah anda / Evana Kamarudin. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Darah merupakan bendalir yang berwarna merah mengalir di dalam badan manusia. Setiap manusia dewasa mempunyai anggaran empat hingga lima liter kapasiti darah di dalam badan. Warna merah darah di sebabkan heme yang berperanan membawa oksigen di dalam salur darah. Merah terang menunjukkan darah beroksigen, manakala merah gelap ialah darah yang tidak beroksigen. Komposisi darah terdiri daripada beberapa komponen iaitu plasma, sel darah putih, platelet dan sel darah merah. Sejarah penemuan jenis darah bermula pada tahun 1900 oleh Karl Landsteiner yang mengklasifikasikan jenis darah mengikut gumpalan yang terhasil kepada kumpulan A, B dan O hasil daripada pemerhatian beliau terhadap ujikaji dalam makmal, manakala kumpulan darah AB telah ditemui oleh Stude dan von Decastello pada tahun 1902. Evolusi pengetahuan sains membawa kepada pemahaman struktur biokimia yang membawa kepada jenis – jenis kumpulan darah yang di temui.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 81030.pdf]
Text
81030.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics