Transkrip wawancara bersama Prof. Madya Roslan bin Ab. Rahim koordinator MASMED dan pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Kelantan / Shamsiah Suaimi and Nur Fitrayanni Rasik

Suaimi, Shamsiah and Rasik, Nur Fitrayanni (2014) Transkrip wawancara bersama Prof. Madya Roslan bin Ab. Rahim koordinator MASMED dan pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Kelantan / Shamsiah Suaimi and Nur Fitrayanni Rasik. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Secara umumnya, tokoh yang telah diwawancara kami, iaitu Prof. Madya Roslan Bin Ab Rahim merupakan pensyarah yang berpengalaman dan telah lama berkhidmat di bawah Fakulti Pemgurusan Pemiagaan. Beliau mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam bidang keusahawanan. Keusahawanan atau perkataan Inggerisnya iaitu 'entrepreneur' berasal daripada bahasa Perancis 'entreprende' yang memberi maksud memikul atau mencuba. Bidang keusahawanan ini merupakan salah satu bidang yang dapat mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu yang dapat memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negaraseterusnya memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bidang keusahawanan ini boleh diterapkan ke dalam bidang pendidikan terutamanya bidang pendidikan teknik dan vokasional. Keusahawanan perlu diterapkan bukan hanya secara pengetahuan umum, malah ianya boleh digunakan sebagai elemen penting dalam pendidikan teknik dan vokasional. Istilah keusahawanan didalami terutamanya dalam konteks pendidikan teknik dan vokasional. Ciri-ciri keusahawanan dan rasional penerapan keusahawanan dalam pendidikan teknik dan vokasional dikaji. Pendidikan keusahawanan amat penting dibangunkan dan digabungkan sebagai satu yang berbeza dengan mata pelajaran lain tetapi selari dengan semua program pendidikan teknik dan vokasional.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 80915.pdf]
Text
80915.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics