Transkrip wawancara bersama Che Mohd Zailani bin Che Moh misteri di sebalik Main Puteri / Muhammad Naqib Mazlan and Zulazreen Zulkifle

Mazlan, Muhammad Naqib and Zulkifle, Zulazreen (2016) Transkrip wawancara bersama Che Mohd Zailani bin Che Moh misteri di sebalik Main Puteri / Muhammad Naqib Mazlan and Zulazreen Zulkifle. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Main Puteri merupakan satu kaedah perubatan tradisi yang popular dikalangan masyarakat Melayu Negeri Kelantan sejak beberapa abad yang lalu. Main Puteri mula diamalkan sebelum adanya doktor, hospital yang boleh dirujuk masyarakat seperti masyarakat hari ini. Pada mulanya Main Puteri dikenali sebagai bomoh, seterusnya digelar sebagai bageh, dan akhirnya main puteri. Tok teri merupakan gelaran bagi ketua dalam upacara Main Puteri yang di turut dianggotai oleh Tok Minduk dan pemuzik. Main Puteri dikaitkan dengan hubungan jiwa dan rosak, iaitu tradisi perubatan untuk mematerikan atau menyatukan roh dan jiwa yang sakit. Daripada aspek persembahan, terdapat elemen menarik dalam Main Puteri iaitu gabungan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik, selain gabungan unsur Islam, magis dan ritual. Berikutan perkara tersebut, saya Muhammad Naqib Bin Mazlan dan rakan saya, Zulazreen Bin Zulkifle telah menemuramah tokoh Main Puteri iaitu Che Mohd Zailani Bin Che Moh di rumah beliau Kampung Gual Jedok untuk mengetahui lebih lanjut tentang di sebalik misteri Main Puteri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 80889.pdf]
Text
80889.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics