Transkrip wawancara bersama Encik Raja Sulaiman Bin Raja Hassan keturunan Puteri Saadong / Ahmad Fakhrullah Adli and Nurul Syaiedatul Aqmal Mohd Zaki

Adli, Ahmad Fakhrullah and Mohd Zaki, Nurul Syaiedatul Aqmal Transkrip wawancara bersama Encik Raja Sulaiman Bin Raja Hassan keturunan Puteri Saadong / Ahmad Fakhrullah Adli and Nurul Syaiedatul Aqmal Mohd Zaki. Oral History Report. Universiti Teknologi MARA, Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek ini mengenai pengorbanan Puteri Saadong kepada kesultanan Raja Jembal. Penceritaan dari Raja Sulaiman ini boleh dipercayai kerana beliau saudara kepada Puteri Saadong dan juga beliau dari keturunan atau dikenali sebagai kerabat-kerabat dibawah satu kesultanan iaitu Kesultanan Raja Jembal. Transkrip ini juga menerangkan tentang perjalanan hidup Puteri Saadong yang merangkumi latar belakang ayahanda baginda iaitu Raja Loyor. Selain itu, terdapat juga maklumat mngenai suami Puteri Saadong iaitu Raja Abdullah melalui temubual daripada Raja Sulaiman. Ia juga menerangkan tentang perjanjian antara Puteri Saadong dengan Raja Ayutia iaitu raja siam yang ingin memperisterikan Puteri Saadong kerana kecantikkan Puteri Saadong telah memukaunya walaupun baginda Raja Ayutia tidak pernah berjumpa dengan Puteri Saadong. Raja Ayutia mengetahui tentang kecantikkan Puteri Saadong melalui cerita-cerita daripada pengembara pedagang-pedagang yang telah berjumpa dengan Puteri Saadong. Seterusnya, Raja Sulaiman menceritakan tentang Puteri Saadong membawa diri setelah mengetahui akan kecurangan suaminya, Raja Abdullah semasa baginda berada di Siam, Thailand. Raja Sulaiman juga menceritakan tentang keistimewaan Puteri Saadong dan ibu angkatnya, Che Siti Wan Kembang kerana berjaya menyatukan perpecahan kesultanan bersatu kembali. Dengan itu, menunjukkan bahawa peranan wanita yang sangat penting juga mempunyai pengaruh yang tinggi untuk mengelakkan berlakunya peperangan dibawah satu kesultanan yang sama. Beliau juga menceritakan harapannya untuk mengumpulkan semua kerabat-kerabat Kesultanan Raja Jembal di bawah satu pertubuhan.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Adli, Ahmad Fakhrullah
2014533433
Mohd Zaki, Nurul Syaiedatul Aqmal
2014785941
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malays (Asian people)
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Raja Sulaiman bin Raja Hassan, K.M.N., keturunan Raja Jembal and wawancara
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80773
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 80773.pdf] Text
80773.pdf

Download (1MB)

ID Number

80773

Indexing

Statistic

Statistic details