Transkrip wawancara bersama Encik Md Ghani Bin Mat / Nur Asyikin Saidi and Nur Shafiqah Asmawi

Saidi, Nur Asyikin and Asmawi, Nur Shafiqah (2023) Transkrip wawancara bersama Encik Md Ghani Bin Mat / Nur Asyikin Saidi and Nur Shafiqah Asmawi. Oral History Report. Universiti Teknologi MARA, Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek ini mengenai kreativiti, kemahiran, sumbangan dan pencapaian seorang Adiguru Kraf Blok Batik iaitu Encik Md Ghani Bin Mat. Beliau dilahirkan pada 23 Disember 1956 di Pasir Mas, Kelantan. Transkrip ini menceritakan tentang penglibatan beliau dalam kraflangan di Malaysia. Bagi menghargai sumbangan tersebut Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Blok Batik pada tahun 2011. Antara keistimewaan Encik Ghani ialah beliau telah mencipta beberapa inovasi bagi memudahkan kerja-kerja pembuatan blok seperti penggunaan mesin giling sotong kering dalam menghasilkan kepingan sumbat (jalur-jalur halus yang diletakkan ke dalam corak bagi tujuan menebalkan corak tersebut apabila dicop pada kain). Sepanjang menceburi pertukangan kraf blok batik, beliau telah berjaya menubuhkan sebuah bengkel dengan tempat orang tenaga kerja hasil daripada sumbangan Kraftangan Malaysia. Kemahiran membuat blok batik ini telah diturunkan kepada dua orang anak beliau iaitu Mohd Erri Azri yang kini berusia 34 tahun dan juga Ahmad Adi Adli yang berumur 27 tahun. Sumbangan beliau dalam pembangunan industri kraf negara adalah dengan menyertai demostrasi pembuatan kraf blok batik dalam program Piala Seri Endon pada tahun 2007 anjuran Yayasan Budi Penyayang. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai tenaga pengajar dan juru demo bagi program pembangunan usahawan anjuran Kraftangan Malaysia di bawah skim Perantisan Kraf Warisan pada tahun 2006. Antara faktor utama yang mendorong beliau supaya terus berada dalam industri seni ini adalah kerana beliau mahu memastikan seni pertukangan tradisional ini menjadi salah satu seni yang dikenali dan dihargai dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat Melayu.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Saidi, Nur Asyikin
2020834016
Asmawi, Nur Shafiqah
2020859268
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abdullah, Nurulannisa
UNSPECIFIED
Interviewee
Mat, Md Ghani
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > LC Special aspects of education
N Fine Arts > NB Sculpture > History. Including collective biography
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Encik Md Ghani Bin Mat, kraflangan, Blok Batik, tradisional, warisan
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80599
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 80599.pdf] Text
80599.pdf

Download (3MB)

ID Number

80599

Indexing

Statistic

Statistic details