Transkrip wawancara bersama Azrul Zaidi Bin Jamaluddin pelawak senior / Muhammad Akmal Shamsuddin and Muhammad Faris Aiman Zulkarnain

Shamsuddin, Muhammad Akmal and Zulkarnain, Muhammad Faris Aiman (2022) Transkrip wawancara bersama Azrul Zaidi Bin Jamaluddin pelawak senior / Muhammad Akmal Shamsuddin and Muhammad Faris Aiman Zulkarnain. Oral History Report. Universiti Teknologi MARA, Kelantan. (Submitted)

Abstract

Temubual ini dilakukan bersama pelakon berpengalaman yang berasal daripada Pulau Pinang, Malaysia iaitu Encik Azrul Zaidi Bin Jamaluddin atau juga dikenali sebagai Azrul Zaidi. Temubual ini dijalankan untuk mengetahui serba sedikit maklumat seperti latar belakang, pencapaian dan lain-lain yang boleh dijadikan rujukan untuk masa akan datang. Temubual ini akan dijalankan secara atas talian di kediaman masing-masing. Tarikh temubual tersebut pada 18 Julai 2022. Encik Azrul Zaidi Bin Jamaluddin telah dilahirkan pada 13 Februari 1974 di Butterworth, Pulau Pinang. Beliau telah menerima pendidikan di Stowell School, Pulau Pinang ketika berusia 7 tahun dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada awal penglibatan beliau dalam industri muzik, beliau sudah mula bergiat aktif dalam industri ini sejak dibangku persekolahan. Pertandingan pertama yang menaikkan lagi nama beliau dalam industri muzik adalah menerusi pertandingan Bintang RTM Kawasan Utara pada tahun 1995. Pada tahun yang sama juga beliau telah menyertai pertandingan Asia Bagus dan menjadi finalis untuk pertandingan itu. Bukan sekadar itu, beliau juga telah menyertai pertandingan lawak anjuran pihak Astro iaitu rancangan Raja Lawak Musim 2. Selain itu, Encik Azrul Zaidi juga terlibat dalam industri lakonan dimana beliau mula menceburi dalam bidang lakonan pada tahun 2006 dengan filem komedi pertamanya iaitu 'Diva Popular' arahan Erma Fatima. Beliau juga turut memainkan peranan dalam filem 'Hantu Nan Sempit arahan Ahmad Idham dan juga dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Khir Rahman, Soffi Jikan, dan Erin Malek. Disamping itu, Encik Azrul Zaidi juga merupakan seorang penyampai radio bagi Suria FM selama beberapa tahun. Kemudian beliau menceburi dalam bidang pengacaraan bersama pihak RTM. Kini Encik Azrul Zaidi masih lagi aktif dalam industri seni.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsuddin, Muhammad Akmal
2021102969
Zulkarnain, Muhammad Faris Aiman
2021747407
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abdullah, Nurulannisa
UNSPECIFIED
Interviewee
Jamaluddin, Azrul Zaidi
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education
N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Artis senior, artis versatil, pelawak, penyanyi and wawancara
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80578
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 80578.pdf] Text
80578.pdf

Download (5MB)

ID Number

80578

Indexing

Statistic

Statistic details