Transkrip wawancara bersama Encik Sabki bin Ibrahim penyelia Muzium Diraja Istana Batu / Alia Izzati Abdul Latiff and Anith Farhana Jemail

Abdul Latiff, Alia Izzati and Jemail, Anith Farhana (2019) Transkrip wawancara bersama Encik Sabki bin Ibrahim penyelia Muzium Diraja Istana Batu / Alia Izzati Abdul Latiff and Anith Farhana Jemail. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temu bual ini dijalankan diantara Encik Sabki Bin Ibrahim dan pelajar iaitu Anith Farhana Binti Jemail dan Alia Izzati Binti Abdul Latiff. Tempat temu bual ini berlangsung di Muzium Diraja Istana Batu, Kota Bharu Kelantan. Sesi temu bual bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Muzium Diraja Istana Batu ini dikenali atau mendapat nama sebagai Istana Batu kerana diperbuat daripada batu, berbanding beberapa istana sebelum itu di Kota Bharu yang menggunakan kayu sebagai bahan utama pembuatan. Di muzium ini mempamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan, rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan. Tujuan temu bual ini dibuat adalah untuk mengetahui sejarah dan isi kandungan mengenai muzium yang ternama ini iaitu Muzium Diraja Istana Batu yang di tempatkan di Kota Bharu, Kelantan. Kami menemu bual penyelia muzium tersebut iaitu Encik Sabki Bin Ibrahim mengenai latar belakang beliau, sejarah pendidikan beliau, pencapaian beliau, bagaimana beliau boleh bekerja di muzium ini dan sebagainya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 80576.pdf]
Text
80576.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics