Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja binaan / Mazlynainie Ghazali

Ghazali, Mazlynainie (2010) Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja binaan / Mazlynainie Ghazali. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 yang memfokus ke arah pembentukan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. la menyediakan rangka perundangan untuk memupuk, merangsang dan menggalakkan mutu keselamatan dan kesihatan yang tinggi di tempat kerja dengan meletakkan tanggungjawab memelihara keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pihak-pihak tertentu. Tumpuan kajian adalah terhadap tanggungjawab majikan dan pekerja dalam mengurus keselamatan di tempat kerja. Aspek-aspek yang dikaji antaranya termasuklah kewajipan majikan, kewajipan pekerja, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penguatkuasaan dan liabiliti serta prinsip pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian ini mendapati kerajaan begitu komited dalam menyediakan persekitaran kerja selamat dan sihat dengan menggubal undang-undang, peraturan dan tata amalan serta mewujudkan satu sistem penguatkuasaan yang berasaskan gabungan peruntukan AKKP 1994.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 80482.pdf]
Text
80482.pdf
Download (40MB)
Indexing & Metrics