Istiadat Konvokesyen Ke-77 : 24 November - 6 Disember 2012 : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM

Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM (2012) Istiadat Konvokesyen Ke-77 : 24 November - 6 Disember 2012 : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

Abstract

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh;
Selamat Sejahtera, Salam Satu Malaysia, dan UiTM
Sentiasa Di Hatiku.
Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan terutamanya ibu bapa dan sanak saudara, untuk meraikan para graduan dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-77 ini. Syabas dan tahniah kerana kali ini seramai 27626 orang mahasiswa akan bergelar graduan dan akan melangkah keluar
dari universiti ini dengan seribu satu kenangan.
Harapan dan doa kita semua agar perjalanan saudara-saudari meniti kehidupan penuh realiti selepas ini akan sentiasa diberkati dan dilindungi Tuhan. Kita melangkah masuk tahun 2012 dengan azam dan cita-cita untuk memperkasa universiti ini dengan memperteguhkan kekuatan akademik yang bakal
memberikan impak besar kepada negara. Kita berazam untuk menghasilkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, unggul dan syumul untuk negara dan juga dunia. Dengan kekuatan UiTM yang pada masa ini mempunyai seramai 174,875 orang pelajar, 17,535 kakitangan dan 347 program pengajian,
kita pasti berupaya untuk meletakkan universiti ini ke
tahap yang tertinggi mungkin, InsyaAllah. Saya percaya bahawa kejayaan UiTM selama ini dalam melahirkan anak bangsa yang berilmu adalah sejajar dengan tuntutan dan harapan masyarakat yang ingin melihat bangsa dan negara terus cemerlang dan gemilang. Saya menaruh harapan yang cukup tinggi agar kita dapat meneruskan tradisi kecemerlangan graduan UiTM hingga ke peringkat antarabangsa
dengan menjadi peneraju organisasi dan industri yang
berpersonaliti terbilang. Kepada warga UiTM, terutamanya yang muda-muda, cubalah lihat dan fahami sejarah universiti ini. Sejak ditubuhkan pada tahun 1956, sehinggalah sekarang,
setiap inci pembangunannya adalah bersebab. Setiap inci ruangnya adalah untuk membangunkan bangsa yang amat memerlukan pendidikan dan bimbingan. Bangunan-bangunan, ruang-ruang, dan segalanya dalam UiTM adalah perjuangan. Every sense of UiTM's existence, adalah wawasan pemimpin-pemimpin negara, satu amanah kerajaan dan juga harapan
rakyat. Lihatlah ia dengan akal dan hati, jangan hanya
melihat dengan pandangan kosong. UiTM adalah PENCETUS TRANSFORMASI BANGSA untuk MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA. Inilah hasil kemerdekaan yang dinikmati kita semua. Kerana UiTM kita berada di sini, dan untuk UiTM kita akan terus bangkit memperkasakan jiwa anak-anak Melayu dan bumiputera merdeka. Saya sentiasa berdoa agar misi UiTM untuk membantu
anak-anak bangsa akan terus berkekalan melalui didikan ilmu dan pengetahuan dunia dan akhirat agar bangsa kita dapat sama-sama memainkan peranan dan sama-sama dapat menikmati kekayaan dan kesejahteraan negara kita ini. Jangan sekalikali membelakangi anak bangsa kita yang masih
memerlukan pertolongan kita. Kejayaan kita di sini bukan sahaja untuk kita tetapi untuk seluruh anak bangsa kita.
Sebagai sebuah universiti bumiputera, saya berharap para graduan akan sentiasa mengingati budi dan jasa setiap warganya yang dicurahkan demi memastikan kejayaan kita dikecapi dan dinikmati sebagaimana hari ini bersama ibu bapa dan keluarga. Bersyukurlah juga kerana sehingga ke hari ini setiap warga UiTM, ibu bapa, masyarakat dan kerajaan tidak putus-putus memberi sokongan kepada kita untuk terus berjaya. Marilah sama-sama kita jaga dan kita suburkan universiti ini. Inilah pusat ilmu, warisan bangsa kita. Inilah pusaka bangsa kita. Inilah lambang wadah pencarian ilmu kita. Inilah kota ilmu dan inilah benteng ilmu bagi bangsa kita. Semoga agenda murni universiti akan
terus terpelihara dan berkekalan. Saya percaya graduan UiTM akan terus bersama-sama saya menjadikan UiTM Sentiasa Di Hatiku.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8041
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of BUKU KONVO KE-77.pdf] Text
BUKU KONVO KE-77.pdf

Download (45MB)

ID Number

8041

Indexing

Statistic

Statistic details