Kesan filem-filem tayangan di netflix terhadap masyarakat di Malaysia semasa pandemik covid-19 / Intan Raihana binti Rosle and Mohd Syuhaidi Abu Bakar

Rosle, Intan Raihana and Abu Bakar, Mohd Syuhaidi (2022) Kesan filem-filem tayangan di netflix terhadap masyarakat di Malaysia semasa pandemik covid-19 / Intan Raihana binti Rosle and Mohd Syuhaidi Abu Bakar. Borneo Akademika, 6 (1). pp. 1-11.

Abstract

Pasaran untuk perkhidmatan penstriman filem atas talian kini sangat kompetitif terutama sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara kita. Netflix merupakan antara perkhidmatan penstriman filem atas talian yang mendapat perhatian di Malaysia. Kajian ini dijalankan secara kualitatif untuk meneroka jika filem-filem di Netflix memberikan kesan dari segi bahasa, pergaulan dan psikologi terhadap masyarakat di Malaysia. Pemetaan lokasi kajian yang dipilih ialah pengguna Netflix di Malaysia yang menggunakan platform tersebut untuk menonton filem semasa pandemik COVID-19. Pemilihan Informan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) di mana kajian ini telah menemubual 10 orang Informan iaitu pengguna Netflix yang juga melanggan Netflix. Dapatan kajian mendapati, terdapat beberapa kesan filem-filem tayangan di Netflix terhadap masyarakat di Malaysia semasa pandemik COVID-19. Dari segi bahasa, filem tayangan di Netflix memberi peluang untuk mempelajari bahasa luar, mempelajari jalan cerita berdasarkan sarikata yang disediakan, dan mengukuhkan bahasa yang baru dipelajari. Selain itu, kesan lain juga adalah berkaitan dari segi pergaulan iaitu ada ciri-ciri anti sosial yang wujud. Informan juga mengatakan hubungan kekeluargaan makin akrab walaupun ada yang terganggu dengan penggunaan gajet untuk menonton filem. Dari segi psikologi, walaupun filem-filem tayangan di Netflix mampu mengubah emosi seseorang, terdapat kerisauan terhadap kandungan filem tidak ditapis dan terdapat kerisauan terhadap pengaruh negara luar kepada masyarakat di Malaysia. Terdapat juga beberapa kesan lain hasil penontonan filem-filem di Netflix terhadap masyarakat di Malaysia, iaitu dari segi ekonomi produksi televisyen, dapat menambah ilmu pengetahuan dan kesan dari segi kesihatan. Kajian yang telah dijalankan ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada kajian-kajian pada masa hadapan mengenai filem-filem tayangan di Netflix.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rosle, Intan Raihana
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Mohd Syuhaidi
syuhaidi@uitm.edu.my
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication > Videoconferencing. Internet videos
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Borneo Akademika (BA)
Volume: 6
Number: 1
Page Range: pp. 1-11
Keywords: Filem; Netflix; Kesan; Bahasa; Pergaulan; Psikologi
Date: June 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80371
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of (1) 80371.pdf] Text
(1) 80371.pdf

Download (222kB)

ID Number

80371

Indexing

Statistic

Statistic details