Apresiasi seni dalam karya seni catan Sulaiman Esa menerusi teori estetik Melayu / Wan Soliana Wan Md Zain ... [et al.]

Wan Md Zain, Wan Soliana and Ibrahim, Marzuki and Ayob, Salwa and Ghazali, Noor Hafiza and Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana and Omar, Mazni and Daud, Mohd Zamani and Wan Md Zain, Wan Salwanis (2023) Apresiasi seni dalam karya seni catan Sulaiman Esa menerusi teori estetik Melayu / Wan Soliana Wan Md Zain ... [et al.]. Idealogy Journal, 8 (1). pp. 83-93. ISSN 2550-214X
Abstract

Penyelidikan ini menerangkan tentang apreasasi seni dalam karya seni catan bertajuk Garden of Mystery IV (1992) oleh Sulaiman Esa. Keindahan karya dan motif dalam catan dianalisis menggunakan pendekatan teori estetika Melayu yang dikemukakan oleh Sulaiman Esa. Permasalahan yang timbul adalah bagaimana untuk mengesan dan mengenalpasti estetik Melayu dalam motif melalui bentuk, makna dan falsafah yang cenderung dengan pemilikan konsep berhalus (refinement), lembut (flexibility), seimbang (balance), kesatuan (unity), berguna (functionality) dan perlambangan (symbolism). Penyelidikan dijalankan secara kualitatif melalui analisis dokumen, di mana data dikumpulkan dan disaring daripada sumber seperti buku, tesis, jurnal, artikel, laman sesawang dan sebagainya dengan mencari rujukan yang relevan dengan permasalahan. Dapatan penyelidikan menunjukkan penggunaan motif tersebut mempunyai hubungkait antara falsafah keindahan budaya Melayu dengan kesenian Islam. Pemahaman tentang bentuk, maksud, falsafah, konsep dan tujuan aplikasi reka bentuk motif perlu diterapkan di dalam karya seni catan bagi membentuk imej dan identiti bercirikan Islamik. Sekali gus mencerahkan tentang prinsip estetik Melayu, memberi pemahaman tentang konsep kecantikan dari konteks ideologi Melayu dalam seni visual dan membimbing serta berusaha merangsang pelukis menghasilkan ekspresi baharu dalam karya catan seni moden

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 79819.pdf]
Text
79819.pdf
Download (777kB)
Indexing & Metrics