Interpretasi simbolik karya seni visual bertajuk walk in silence, don’t walk away in silence oleh Saiful Razman dalam konteks fenomena Covid-19 / Siti Humaini Said Ahmad @ Syed Ahmad ... [et al.]

Said Ahmad @ Syed Ahmad, Siti Humaini and Ismail, Issarezal and Othman, Muhamad Rozali and Abdul Rahim, Mohd Daud and Saad, Mohd Nafis (2023) Interpretasi simbolik karya seni visual bertajuk walk in silence, don’t walk away in silence oleh Saiful Razman dalam konteks fenomena Covid-19 / Siti Humaini Said Ahmad @ Syed Ahmad ... [et al.]. Idealogy Journal, 8 (1). pp. 64-74. ISSN 2550-214X
Abstract

Karya seni visual dalam pelbagai bentuk dan jenis ungkapan diciptakan oleh seniman untuk menyampaikan atau menyatakan sesuatu berupa makna atau pengertian kepada pengamatnya melalui perantaraan simbol atau tanda tertentu. Kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis dan menafsirkan makna dari sejumlah simbol dan tanda yang hadir dalam karya seni visual bertajuk Walk in Silence, Don’t Walk Away in Silence (2021) oleh Saiful Razman dalam konteks fenomena COVID-19. Pendekatan kajian seni digunakan di mana ianya di duduk di bawah kajian kualitatif yang menfokuskan pada penjelasan bersifat deskriptif dan menyeluruh. Satu kerangka konseptual telah dibina melalui konsep-konsep yang dianggap relevan sebagai panduan untuk mendekati, memahami dan menjelaskan simbol atau tanda dari karya seni visual sehingga membuka jalan terhadap kefahaman makna simbolik dari karya yang diteliti. Hasil analisis menunjukkan bahawa karya seni visual tersebut memuatkan sejumlah simbol dan tanda yang diinspirasikan dari pengalaman peribadi seniman sewaktu menempuh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun yang lepas. Simbol dan tanda tersebut secara tersirat mengungkapkan makna simbolik tentang kehidupan manusia yang terpenjara sehingga hilang nilai kebebasannya sehingga hanya peristiwa kematian sahaja yang mampu membebaskan manusia untuk keluar dari belenggu tersebut walaupun dunia di sekitarnya penuh dengan kesunyian dan kekosongan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 79725.pdf]
Text
79725.pdf
Download (883kB)
Indexing & Metrics