Sukarelawan secara dalam talian (virtual volunteering) dalam kalangan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di Sabah / Nurzaimah Asalal, Joeanne Lee Soon Ee and Lawrence Hee Qui Shing

Asalal, Nurzaimah and Joeanne, Lee Soon Ee and Lawrence, Hee Qui Shing (2023) Sukarelawan secara dalam talian (virtual volunteering) dalam kalangan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di Sabah / Nurzaimah Asalal, Joeanne Lee Soon Ee and Lawrence Hee Qui Shing. Borneo Akademika, 7 (1). pp. 40-56. ISSN 2462-1641

Abstract

Pandemik COVID-19 mendatangkan satu perubahan yang besar dalam melaksanakan aktiviti sukarelawan. Halangan untuk melaksanakan aktiviti sukarelawan secara bersemuka terpaksa dihadapi oleh NGO-NGO dalam penyampaian perkhidmatan. Walau bagaimanapun, situasi ini tidak menghalang NGO-NGO dalam meneruskan penyampaian perkhidmatan mereka kepada kumpulan sasar. NGO menyedari akan pentingnya menyampaikan perkhidmatan kepada kumpulan sasar terutama kepada golongan warga emas, kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), wanita dan masyarakat secara umumnya. Keadaan ini menyebabkan NGO perlu mengadaptasikan ‘sukarelawan secara dalam talian’ atau dikenali sebagai Virtual Volunteering (VV) yang kini telah banyak dilaksanakan sepanjang pandemik COVID-19. Bagi negeri Sabah, kesukaran capaian internet dikawasan pedalaman tidak menjadi penghalang untuk kumpulan NGO meneruskan proses pertolongan. Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) menjadi salah satu badan yang menyelaras serta menggalakkan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di Sabah untuk menggunakan VV dalam menyampaikan perkhidmatan. Satu kaji selidik telah dijalankan ke atas PSK yang berdaftar dengan MPMS tentang pandangan mereka dalam menggunakan VV sepanjang pandemik COVID-19. Pengumpulan data telah menggunakan Google Form dan melibatkan sebanyak 22 PSK. Penemuan kaji selidik menunjukkan lima PSK telah berjaya mengadaptasikan ‘sukarelawan dalam talian’ dalam membantu golongan kanak-kanak dan wanita, warga emas, OKU serta masyakarat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Asalal, Nurzaimah
UNSPECIFIED
Joeanne, Lee Soon Ee
UNSPECIFIED
Lawrence, Hee Qui Shing
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Voluntarism (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Borneo Akademika (BA)
ISSN: 2462-1641
Volume: 7
Number: 1
Page Range: pp. 40-56
Keywords: Sukarelawan; Virtual volunteering; Pertubuhan Sukarela Kebajikan; NGO; MPMS
Date: June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79508
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 79508.pdf] Text
79508.pdf

Download (534kB)

ID Number

79508

Indexing

Statistic

Statistic details