i-Event pictures shared / Sulaiman Mahzan … [et al.]

Mahzan, Sulaiman and Saari, Juan Rizal and Md Shah, Mohd Abd Malek and Sadikan, Siti Fairuz Nurr and Abd Aziz, Norazlin (2013) i-Event pictures shared / Sulaiman Mahzan … [et al.]. In: Optimizing Innovation for Global Commercialization Research, Invention, Innovation Design: RIID 2013. Division of Research, Industrial Linkages and Alumni, UiTM Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka, p. 55. ISBN 978-967-0637-02-0 (Submitted)
Abstract

Arkib gambar aktiviti merupakan salah satu perkara penting dalam memastikan segala maklumat mengenai sesuatu aktiviti dapat disalurkan. Arkib gambar amat signifikan kepada beberapa keperluan penting lain yang melibatkan pelaporan dan pemberitaan. Namun demikian, kaedah pengurusan arkib gambar yang dilaksanakan masih lagi bersifat tanggungjawab iaitu hanya diperolehi dan diuruskan oleh seseorang individu yang dilantik untuk tujuan berkenaan. Terdapat beberapa kelemahan yang wujud akibat daripada kaedah iama ini. Antaranya pemerolehan gambar untuk tujuan arkib. Secara lazimnya, sumber pemerolehan gambar hanya didapati oleh seseorang individu yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar bagi sesuatu aktiviti dan bilangan gambar serta klasifikasi gambar pula amat terhad. Lantaran itu, melalui aplikasi web ini ia diharapkan dapat membuka peluang kepada sesiapa individu yang terlibat dengan aktiviti untuk samasama menyumbang gambar yang diperoleh masing-masing. Pada masa yang sama pihak pengurusan boleh mengenalpasti mana-mana gambar yang sesuai untuk diarkibkan dan untuk kegunaan pada masa hadapan. Ini tidak langsung membantu pihak pengurusan untuk mempelbagaikan sumber arkib untuk apa-apa jua keperluan pada masa-masa akan datang. Aplikasi web ini memberikan nilai tambah kepada mana-mana organisasi dalam menguruskan sesuatu sumber untuk tujuan diarkibkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
79122.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics