Penilaian pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang terhadap kaedah pengajaran bagi subjek matematik dan statistik sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan / Nur Azimah Idris... [et al.]

Idris, Nur Azimah and Mazeni, Noor Azizah and Syed Abdullah, Sharifah Sarimah and Samsudin, Norshuhada (2020) Penilaian pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang terhadap kaedah pengajaran bagi subjek matematik dan statistik sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan / Nur Azimah Idris... [et al.]. SIG : e-Learning@CS, 1. pp. 121-128. ISSN 9789670841885
Abstract

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan terhadap struktur Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di Malaysia dimana institusi pendidikan tinggi dan sekolah telah diarahkan tutup bagi mencegah penularan wabak tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan terhadap kaedah PdP yang sebelum ini dilakukan secara bersemuka kepada PdP secara atas talian sepenuhnya. Pelbagai kaedah PdP telah digunapakai bagi membolehkan pelajar meneruskan sesi pembelajaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penilaian pelajar terhadap kaedah pengajaran bagi subjek matematik dan statistik yang digunakan oleh pensyarah di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Kaedah pengajaran yang difokuskan dalam kajian ini adalah sesi sidang video dan rakaman video syarahan. Satu kaji selidik yang dibangunkan menggunakan pelantar Google Form telah diedarkan secara rawak kepada para pelajar UiTMCPP. Hasil kajian ini mendapati pelajar berpuas hati terhadap penggunaan kedua-dua kaedah pengajaran tersebut. Mereka berpendapat bahawa dengan menggabungkan kedua-dua kaedah pengajaran tersebut mampu meningkatkan lagi tahap keberkesanan proses PdP sekaligus memberi impak yang positif terhadap pembelajaran secara atas talian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 79090.pdf]
Text
79090.pdf
Download (322kB)
Indexing & Metrics