COVID-19 merealisasikan aplikasi teknologi dalam pendidikan / Norazah Umar... [et al.]

Umar, Norazah and Othman, Jamal and Kadar, Rozita and Ahmad, Nurhafizah (2020) COVID-19 merealisasikan aplikasi teknologi dalam pendidikan / Norazah Umar... [et al.]. COVID-19, E-Learning, Teknologi, 1. pp. 39-43. ISSN 9789670841885
Abstract

Sehingga tahun 2016 kehadiran e-learning atau pembelajaran atas talian di Malaysia masih lagi dilihat sebagai sesuatu yang baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat. Di IPT penggunaan kaedah e-larning ini lebih menumpu kepada pengajian jarak jauh dan kursus-kursus tertentu yang dirasakan bersesuaian .Kakitangan akademik juga telah mula diberi pendedahan secara berperingkat tentang pembelajaran teradun (blended learning) iaitu gabungan kuliah secara bersemuka dah juga maya dengan menggunakan platform LMS yang telah dibangunkan oleh institusi masing-masing. Walaubagaimanapun letusan pandemik COVID-19 pada penghujung 2019 telah mengubah secara drastik kaedah pembelajaran yang sedia ada di mana tenaga akademik di mana seluruh institusi pendidikan tidak lagi diberi pilihan untuk melaksanakan sesi pembelajaran secara konvensional bagi membendung penularan wabak COVID-19. Pelbagai teknologi pembelajaran maya telah diperkenalkan sama ada teknologi pembelajaran segerak (synchronous) ataupun tidak segerak (asynchronous) bagi memastikan pembelajaran dapat diteruskan. Baik pengajar mahupun pelajar perlu belajar untuk membiasakan diri dengan penggunaan aplikasi seperti Google Classroom, Webex, Telegram, Zoom dan banyak lagi aplikasi-aplikasi lain yang telah dibangunkan bagi menghadapi situasi yang sangat mencabar ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 79089.pdf]
Text
79089.pdf
Download (412kB)
Indexing & Metrics